SHAH ALAM: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa keseluruhan wang tunai yang diserahkan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) secara bulanan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjumlah SG$13.56 juta.
V. Mahendran berkata hasil siasatan mendapati transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.
"Lejar tersebut disediakan oleh David Tan (bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun) melalui 'Microsoft Excel' dengan menggunakan laptop beliau. Lejar tersebut adalah bertujuan untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang setiap bulan UKSB.
"Dalam lejar tersebut, David Tan telah menamakan kod nama Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) seperti Monster, Mon, YB, Young Boy, ZH dan Z," katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.
Mahendran,38, berkata lejar itu juga mengandungi bukti pembayaran kepada menteri-menteri, ahli-ahli politik dan pegawai kerajaan.
Berdasarkan 33 pertuduhan menerima rasuah, Ahmad Zahid, 69, didakwa menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Mahendran berkata wang bulanan yang diserahkan kepada Ahmad Zahid itu diberikan UKSB secara berperingkat, bermula SG$200,000 pada Oktober 2014 hingga Februari 2015.
Beliau berkata jumlah itu kemudian ditingkatkan kepada SG$300,000 pada Mac 2015 hingga Jun 2017 serta kali terakhir dinaikkan kepada SG$520,000 SGD pada Julai 2017 hingga Mac 2018.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-15 yang juga merupakan bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memberitahu mahkamah sama bahawa bayaran kepada Ahmad Zahid bermula akhir 2014 dengan bayaran SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017, selain peningkatan sumbangan bulanan itu adalah permintaan presiden UMNO itu.
Mahendran berkata hasil siasatannya juga menunjukkan selain daripada wang tunai bulanan, UKSB turut menyerahkan wang tunai secara sekali beri kepada Ahmad Zahid antara Jun 2015 dan 27 Mac 2018.
"Transaksi-transaksi pembayaran tersebut seperti RM125,000 pada Jun 2015 untuk Sambutan Hari Raya, SG$120,000 (Ogos 2015), 15,000 Swiss Franc (Mei 2016), US$15,000 (Julai 2016), SG$1 juta (Mei 2017) bagi sambutan ulang tahun UMNO yang ke-71, SG$30,000 (Oktober 2017) untuk sambutan hari lahir isteri Datuk Seri Zahid dan RM3 juta (27 Mac 2018) bagi pilihan raya.
"Kesemua pembayaran tersebut dibuat di Country Heights, Kajang (kediaman Ahmad Zahid) dan Seri Satria, Putrajaya (kediaman rasmi Ahmad Zahid)," katanya.
Sebelum ini juga, Harry Lee memberitahu mahkamah sama bahawa UKSB telah menaja Ahmad Zahid melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isteri Ahmad Zahid dan hari raya.
Mengikut tujuh lagi pertuduhan menerima rasuah, presiden UMNO itu didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.
Sementara itu, saksi pendakwaan ke-18 tersebut berkata hasil siasatan menunjukkan wang tunai yang diserahkan kepada Ahmad Zahid adalah bukan hasil akaun UKSB.
"Berdasarkan penyata kewangan UKSB antara 2014 dan 2018, keuntungan selepas cukai bagi syarikat itu adalah RM625,033 pada 2014, RM114,572 (2015), RM4,913,446 (2016), RM2,821,144 (2017) dan RM 351,739 (2018).
"Bagaimanapun, sumber wang tunai yang digunakan oleh UKSB untuk membayar kepada Datuk Seri Zahid adalah hasil daripada persefahaman lisan antara UKSB dengan beberapa syarikat iaitu Visa Malaysia Ltd, Maintech System HK Ltd (Syarikat Hong Kong), Valiant Capital Corporation, Galaxy Services Corporation dan Lotus Capital Corporation (Syarikat Labuan)," katanya.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-17 iaitu David Tan memberitahu mahkamah sama bahawa wang yang digunakan UKSB sebagai bayaran bulanan dan sekali beri untuk Ahmad Zahid tidak diambil daripada akaun syarikat itu sebaliknya ia adalah daripada rakan kongsi perniagaan mereka di Hong Kong.
Bagi kesemua 40 pertuduhan menerima rasuah itu, Ahmad Zahid didakwa melakukan kesemua perbuatan tersebut di Seri Satria dan Country Heights antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa sedang berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB. - Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.