Para ulama dan profesional Islam perlu menjelaskan maksud Islam sebenar bagi menangkis idea keganasan dan gerakan ekstremis di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata golongan berkenaan perlu tampil mengetengahkan pelan tindakan, strategi dan program yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi tujuan merawat dan mematikan ideologi dan idea keganasan.
"Kita berdepan dengan idea-idea keganasan dan gerakan ekstremis dan gerakan ini boleh membawa kesan buruk kepada dunia Islam,(mengenai) bagaimana umat Islam yang seakidah boleh dihalalkan pembunuhan mereka," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan bagi tahun 1437 Hijrah di Masjid Negara di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sambutan bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' itu julung kali diadakan di Masjid Negara sempena jubli emas masjid berkenaan dan kedudukannya sebagai mercu tanda Islam di negara ini.
Najib berkata para ulama dan golongan profesional juga perlu menggunakan segala medium yang ada bagi memberi penjelasan tentang apa yang terkandung dalam ajaran Islam yang sebenar khususnya kepada generasi muda.
Katanya penjelasan mengenai Islam harus dikupas satu persatu bagi mengelak kekeliruan kerana Islam bukan merupakan agama yang memusuhi agama lain.
Pada majlis sambutan itu, Perdana Menteri turut berikrar akan terus memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin daripada ditindas rejim Zionis.
Beliau berkata nasib rakyat Palestin perlu dibela kerana mereka telah dihina dan dilayan seperti manusia yang tidak mempunyai sebarang hak.
"Sebab itulah di Bangsa-Bangsa Bersatu saya sebutkan bahawa perjuangan rakyat Palestin wajib kita bela dan saya akan teruskan perjuangan ini bagi pihak umat Islam di Malaysia," katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.
Dalam pada itu, Najib berkata langkah Malaysia menerima kemasukan 3,000 rakyat Syria juga atas dasar bantuan kepada umat Islam yang memerlukan pertolongan.
Katanya usaha itu dapat dilakukan kerana Malaysia berada dalam keadaan aman, makmur dan bercita-cita menjadi sebuah negara maju berteraskan Islam.
"Inilah kebanggaan kita, jangan kita biarkan ini hancur lebur. Jangan kita biarkan sesiapa bersekongkol dengan mana-mana pihak dalam dan luar negara untuk menghancurkan apa yang telah dicapai selama ini," katanya.
Bernama
Wed Oct 14 2015
Perdana Menteri sejurus tiba pada majlis sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan bagi tahun 1437 Hijrah di Masjid Negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu
Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.
'Ludah dan jilat balik' hanya berlaku dalam Pakatan Harapan - Sohaimi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Pakatan Harapan cuba menanam politik kebencian terutama apabila wujudnya pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah mula operasi
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ditubuh secara rasmi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di ibu negara.
Inilah tempat 'berteduh' untuk mualaf
Ada antara mualaf yang dibuang keluarga malah ada yang kehilangan pekerjaan.
LTSAH dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM Najib
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Suruhanjaya Pendidikan Malaysia pastikan dasar pendidikan dipatuhi - TPM Ahmad Zahid
Pengwujudan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia akan memastikan kepatuhan semua pihak dalam dasar pendidikan negara.
"Adatlah iman naik dan turun" - Komen Safiey Illias selepas dikecam kembali 'wanita'
Selepas lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan.
Zamihan pakar pulihkan tahanan militan - TPM Ahmad Zahid
Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin merupakan aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan.
GoUmrah.travel beri kebebasan jemaah buat tempahan
GoUmrah.travel menjadi portal tempahan pilihan pakej umrah yang memberi kebebasan bakal jemaah membuat jadual sendiri tidak mengikut pakej agensi seperti kebiasaaannya.