Kuota Visa Furada yang dianugerahkan dengan kuasa mutlak Kerajaan Arab Saudi kepada individu mahupun institusi terpilih di negara ini menjadi medium bagi 'ulat Haji Furada' mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
Dalam perkembangan berkaitan isu itu, baru-baru ini 26 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah akibat masalah visa.
Menurut Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji, maklumat yang diterima mendapati terdapat 'ulat Haji Furada' yang berjaya meyakinkan pihak agensi pelancongan tertentu bahawa mereka 'orang dalam' dan boleh mendapat visa Furada.
Namun malangnya, ada antara mereka hanya mengejar keuntungan sehingga agensi pelancongan dan jemaah haji tertipu.
“Kemungkinan apa yang berlaku adalah apabila pasport itu diambil scammer (ulat) lalu disunting namanya dalam Visa Furada yang dicetak, tapi barcode tidak boleh diubah dan masalahnya apabila agensi pelancongan tidak menyemaknya. Apabila tiba di Arab Saudi, bila imbas keluar gambar orang lain.
“Ulat-ulat ini menggunakan ayat yang indah didengar oleh agensi pelancongan, dengan mengatakan mereka ada 'orang dalam' kedutaan. Namun apabila kami berhubung dengan kedutaan, si penama itu tidak bertugas di situ.
"Tidak kira ada orang dalam atau luar, kelulusan diberikan oleh kedutaan bergantung kepada kuota,” katanya
BACA: Sampai bila insiden jemaah haji Visa Furada terkandas berpanjangan?
BACA: Jemaah haji terkandas, lesen agensi pelancongan boleh dibatalkan
BACA: 26 rakyat Malaysia terkandas di Jeddah
Malah jelasnya, kurang pengetahuan atau kemahiran oleh sesetengah agensi pelancongan yang menguruskan jemaah haji Furada berkenaan proses kelulusan kuota Haji Furada juga diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapat keuntungan semata-mata.
“Jemaah dan agensi pelancongan perlu ambil tahu bagaimana sistem memohon ini berjalan. Kalau mohon, apabila sudah masukkan nombor pin yang diberikan, ia tidak bermakna visa itu telah lulus. Tetapi ia bergantung kuota dan senarai nama terpilih yang perlu dimasukkan dalam sistem.
“Ada agensi pelancongan dah berkempen jual pakej, sebaliknya perkara pertama yang mereka (patut lakukan dahulu adalah) perlu dapatkan Visa Furada yang sangat terhad," katanya ditemui Astro AWANI.
Akhirnya, harapan jemaah Haji Furada yang sanggup membayar sehingga RM60,000 untuk menunaikan rukun Islam kelima itu lebur, apabila tidak mendapat kelulusan Visa Furada saat akhir.
Tambah Ahmad Tajuddin, sistem yang diguna pakai oleh Kerajaan Arab Saudi bagi pengurusan haji amat canggih dan mesra pengguna sepertimana motto negara itu.
Justeru, cadangannya adalah agar satu pusat sehenti diwujudkan dengan melantik perunding berkenaan Haji Furada agar perkara yang sama tidak berlanjutan setiap kali musim haji.
“Beberapa 'tangan' yang mengurus, tidak ada satu pusat sehenti yang tulen ketika ini untuk menguruskan Haji Furada. Kalau PPHF boleh dilantik sebagai perunding, kami amat sudi membantu. Jika pihak kerajaan Arab Saudi juga boleh melantik," ujarnya.
Dalam kejadian dua hari lalu, 26 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah apabila disahkan visa mereka 'palsu'.
Fareez Azman
Thu Aug 08 2019
AHMAD TAJUDDIN: Kalau mohon, apabila sudah masukkan nombor pin yang diberikan, ia tidak bermakna visa itu telah lulus.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.
Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong
Kerjasama dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia.
Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.
Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.
Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.
Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara.
Pesara kerugian RM38,000 dakwa ditipu agensi pengurusan haji
Pemilik agensi beri pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan pengadu sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.