awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UM, mana-mana universiti tidak seharusnya laksana 'zero balance policy' - GAMIS

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/09/2023
13:41 MYT
UM, mana-mana universiti tidak seharusnya laksana 'zero balance policy' - GAMIS
GAMIS berpendapat Universiti Malaya (UM) atau mana-mana universiti tidak seharusnya melaksanakan polisi 'zero balance policy' atau polisi sifar baki untuk pelajarnya.
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) atau mana-mana universiti tidak seharusnya melaksanakan polisi zero balance policy atau polisi sifar baki untuk pelajarnya.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz berkata, kebanyakan pelajar tidak mempunyai kewangan yang stabil terutamanya pada awal semester.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat melangsaikan pembayaran sekali gus pada awal setiap semester.
Tegas beliau, GAMIS menggesa pihak pentadbiran UM untuk bersikap empati kepada pelajar dan membatalkan serta-merta polisi tersebut yang jelas menganiaya pelajar.
GAMIS juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan serius dalam menasihati pihak pentadbiran UM serta menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bersolidariti bagi membantah polisi tersebut.
“GAMIS memuji dan menyokong usaha yang sedang digerakkan oleh Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM).
“Usaha itu telah membuahkan beberapa hasil seperti pemanjangan tempoh pendaftaran subjek kepada dua hari untuk semua tahap serta pengaktifan status pelajar bagi penerima tajaan bukan berdaftar di bawah Bendahari UM,” katanya.
“Zero balance policy dilaksanakan universiti itu memaksa pelajar menjelaskan yuran semester baharu terlebih dahulu sebagai syarat untuk mengaktifkan status pelajar seterusnya mendaftar modul atau subjek. -ENDS-
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#UM
#zero balance policy
#yuran pengajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan