Umat Islam perlu sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan demi memperkukuhkan akidah serta mengelak daripada melakukan kejahatan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.
Beliau berkata semangat pengorbanan bukan sahaja untuk memperkukuhkan iman seseorang Muslim, malah dapat memastikan negara kekal aman, stabil dan makmur.
Beliau berkata demikian kepada media sebelum menyampaikan lembu dan kambing korban untuk diagihkan kepada beberapa masjid dan surau di kawasan Parlimen Petrajaya di sini hari ini.
Menurut Fadillah, tahun ini beliau menyerahkan 45 ekor lembu dan kambing, iaitu jumlah terbesar yang pernah diberikan untuk kawasannya.
"Saya berterima kasih kepada mereka yang menyumbang termasuk badan-badan korporat," katanya.
Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata ini merupakan sambutan Hari Raya Korban pertamanya di Kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah.
Sim yang memenangi kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya negeri awal Mei lepas menyerahkan 11 ekor lembu kepada empat masjid dan tujuh surau.
Sim yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), berikrar untuk terus menghulurkan sumbangan (lembu) setiap tahun.
Bernama
Mon Sep 12 2016
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Umat Islam perlu sedia berkorban - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semangat pengorbanan bukan sahaja untuk memperkukuhkan iman seseorang Muslim, malah dapat memastikan negara kekal aman.