JOHOR BAHRU:Seramai 67 penghuni termasuk enam bayi berusia sepuluh hari hingga 12 bulan di sebuah pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak di Skudai, di sini, didapati positif COVID-19.
Pengurus Pusat Perlindungan Baitus Solehah yang mahu dikenali sebagai Mak Liza, berkata saringan awal keputusan ujian calitan pada Sabtu lalu mendapati 38 penghuni positif COVID-19.
"Selain bayi terbabit, saya, suami, tukang masak, pemandu, warden selain 22 ibu serta 13 wanita mengandung disahkan positif COVID-19," katanya.
Mak Liza berkata, semuanya bermula apabila seorang penghuni jagaan pusat itu tidak sihat sebelum beliau menghantarnya ke Hospital Sultanah Amaninah (HSA) pada 27 Januari lalu.
"Pada 28 Januari, ketika saya menghantar seorang lagi pelatih yang ingin melahirkan anak ke HSA, kakitangan hospital berkenaan memaklumkan pelatih yang tidak sihat yang dirawat sebelum itu, disahkan positif COVID-19 selepas saringan dibuat.
"Saringan kemudian dibuat kepada pelatih yang ingin melahirkan berkenaan sebelum dia juga disahkan positif COVID-19," katanya.
Menurut Mak Liza, pusat perlindungan itu terasa amat sunyi selepas masing-masing yang positif dibawa ke hospital iaitu tujuh di Hospital Kluang dan selebihnya dirawat di Hospital Permai.
"Bila selalu ramai, hari ini cuma tinggal berbaki sembilan orang ibu dan lapan bayi. Yang baki ini pun menunggu keputusan swab hari ini. Apakah keputusannya, tunggu hari esok?.
"Maka rebahlah kami buat seketika ini. Doakan kami kuat untuk meneruskan sisa baki usia yang ada ini. Ribuan kemaafan dipohonkan atas segala salah silap yang tidak disedari atau disedari.
"Semoga Allah terima amal kami dan menjadikan musibah penyakit ini sebagai penghapus dosa. Halalkan segala yang diberi, bantuan sesama insan kerana kasih sayang mencari redha Allah," katanya dalam perkongsian di Facebook.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu, berkata siasatan masih lagi dijalankan berhubung kes terbabit.
"Kes itu masih belum dilaporkan secara rasmi, masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Feb 02 2021
Penghuni yang positif dibawa ke Hospital Kluang dan Hospital Permai. - Gambar/ Pusat Perlindungan Baitus Solehah
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Seorang maut, 500,000 terjejas banjir di Assam India
Seorang terbunuh dan hampir setengah juta orang masih terjejas akibat banjir yang berterusan di negeri Assam di timur laut India, kata pegawai pada Khamis, lapor Xinhua.
Rumah Pesona Wanita Johor bakal diwujud, jadi pusat pelindungan sementara
Pusat perlindungan yang terletak di Jalan Petri di Johor Bahru itu dijangka beroperasi mulai Jun depan.
Dihalau dari rumah, pencinta kucing serah 50 ekor kucing ke pusat perlindungan
Apa yang lebih penting adalah si comel kesayangan ada tempat berteduh dan makanan untuk mengisi perut.
Lebih 4 juta kediaman, premis putus bekalan elektrik di Texas
Ribut musim sejuk telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Texas.
"Umi minta maaf"... Penjaga rumah perlindungan sayu 67 penghuni positif COVID-19
Seramai 67 penghuni termasuk enam bayi berusia sepuluh hari hingga 12 bulan di sebuah pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak di Skudai, di sini, didapati positif COVID-19.
Banjir di selatan Thailand: Angka korban meningkat kepada 17 orang
Banjir merosakkan jambatan, jalan raya dan infrastruktur lain di wilayah Nakhon Si Thammarat, serta menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang terkesan.
Taufan Hagibis: Angka korban meningkat 35 orang
Lebih 110,000 penyelamat termasuk 31,000 tentera membersihkan laluan sejak semalam bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat tanah runtuh selepas hujan lebat.
Lapan maut selepas Siklon Fani badai negeri Odisha, India
Tiga orang termasuk seorang remaja lelaki, telah dilaporkan terbunuh di daerah Puri manakala tiga lagi di Bhubaneswar dan kawasan berhampiran.
Angka kematian akibat banjir, tanah runtuh di barat Jepun cecah 200 orang
Lebih 70,000 anggota terlibat dalam misi mencari dan menyelamat lebih 60 orang yang masih dilaporkan hilang di prefektur Hiroshima, Okayama dan Ehime, kawasan paling teruk dilanda bencana itu.
Gelandangan di KL semakin bertambah
Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat sejak kerajaan mengumumkan pembinaan pusat perlindungan golongan itu.