SHAH ALAM: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dan mengkaji semula tindakan serta keputusan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) membawa masuk pakar daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk berkongsi kepakaran dan berkongsi pengalaman berhubung isu perumahan.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, ini kerana soal kedaulatan dan keselamatan negara perlu diambil kira dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
"Kita membantah sekeras-kerasnya tindakan dan keputusan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang akan membawa masuk pakar daripada Singapura HDB bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan perumahan di negara ini.
"Tindakan ini akan mendedahkan segala maklumat penting kerajaan Malaysia berkaitan strategi dan hala tuju pembangunan perumahan di negara ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan Malaysia akan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, HDB untuk menambah baik sektor perumahan di negara ini.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia.
Mohd Zai mendakwa seperti dimaklumkan bahawa Singapura telah berjaya meminggirkan pemilikan rumah kepada orang Melayu di Singapura dengan menyediakan rumah dengan harga yang tinggi dan berada di luar kemampuan.
"Ramai orang Melayu di Singapura terpaksa membeli rumah di Johor kerana tidak mampu. Apakah ini yang akan dibawa dan dilaksanakan di Malaysia?," soalnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilikan rumah di kawasan bandar besar di negara ini juga gagal dimiliki orang Melayu dan Bumiputera kerana harga yang mahal walaupun diwujudkan kuota 30 peratus namun tetap gagal dijual.
Justeru, beliau berkata, KPKT sewajarnya menumpukan usaha dan strategi perumahan negara ke arah harga rumah yang sederhana dan mampu milik.
"Ini berdasarkan kepada pendapatan golongan B40 dan M40 dan juga melibatkan golongan muda serta belia.
"Isu-isu yang terkait dengan projek terbengkalai atau ‘sakit’ harus diuruskan secara profesional berdasarkan merit pihak terlibat seperti perunding bertauliah dan profesional serta pemaju yang mempunyai kemampuan kewangan kukuh bukan berdasarkan kroni," jelas beliau. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 21 2023
Laporan Sinar Harian 30 Disember lalu. - Sinar Harian
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.