Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan Hatijah Aam atau 'Ummu Jah', balu kepada pengasas pertubuhan yang diharamkan Al-Arqam, Ashaari Muhammad, kerana melanggar arahan mufti.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata Hatijah ditahan bersama tiga pengikutnya sejurus tiba dari Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 11.40 pagi.
Jais turut menahan enam lagi pengikutnya yang tiba di KLIA pada pukul 1.30 petang hari ini dan kesemua mereka telah dibawa ke pejabat Jais di sini, katanya dalam kenyataan.
Menurut Marzuki, kesemua mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan lapan wanita dihantar pulang oleh Arab Saudi susulan 'Program Pemutihan' yang dilaksana kerajaan itu.
Katanya operasi menahan kumpulan Hatijah atau Ops KLIA itu bermula 9 April lepas dan berjalan secara berperingkat mengikut jadual ketibaan mereka berdasarkan maklumat penghantaran pulang daripada Kedutaan Malaysia di sana.
"Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 12C, Enakmen Jenayah Syariah 1995, melanggar Arahan Mufti dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman (denda) RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
Difahamkan tujuh wanita dan dua lelaki yang ditahan hari ini telah dibebaskan dengan bon jaminan Jais manakala Hatijah pula dibebaskan dengan dua penjamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.
Bernama
Mon May 13 2013

![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

10 Berita Pilihan - (04 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia
Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 62, akan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Bandar Darul Aman hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Jalan Kodiang.

Balu pengasas Al-Arqam sedia berdebat dengan Kassim Ahmad
Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam sedia berdebat dengan sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad berhubung kontroversi anti hadis.

Balu pengasas Al-Arqam lafaz taubat bersama 300 pengikut
Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam hari ini mengetuai 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti.

Kerajaan perlu tegas perangi ajaran Al-Arqam
Kerajaan perlu bertindak tegas dalam membendung penyebaran ajaran sesat Pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan sejak 1994 dikesan kembali aktif di negara ini.

Polis sentiasa pantau aktiviti Al-Arqam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara.

Jamil Khir: Al-Arqam sudah tiada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan gerakan Al-Arqam di negara ini sudah tidak wujud lagi.

"Ummu Jah" ditahan kerana langgar arahan mufti - Jais
Jais menahan Hatijah Aam atau 'Ummu Jah', balu kepada pengasas pertubuhan yang diharamkan Al-Arqam, Ashaari Muhammad, kerana melanggar arahan mufti.