KEPALA BATAS: Penduduk di sekitar Bertam dan Pinang Tunggal di sini bakal berjiran dengan ribuan pekerja warga asing apabila terdapat cadangan pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat atau Centralized Labour Quarters (CLQ) di kawasan pembangunan Bertam, di sini.
Pembinaan asrama pekerja itu dibangunkan berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di tapak seluas lebih 339 hektar yang terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir di sini tidak lama lagi.
Difahamkan, pembangunan yang akan dijalankan itu bakal memberi kesan kepada penduduk setempat yang melibatkan hampir 20 kampung dan 11 taman perumahan, termasuk menjejaskan kualiti hidup mereka.
Bukan sahaja soal keselamatan dan keselesaan yang dipertikaikan, malah kebanyakan penduduk yang menghuni di sekitar kawasan ini, termasuk beberapa taman perumahan yang baharu dibuka, tidak sanggup menjalani kehidupan dengan pelbagai ancaman sekiranya projek berkenaan diteruskan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO Kepala Batas, Datuk Roslan Saidin berkata, pihaknya membantah cadangan pembinaan pembangunan kuarters pekerja berpusat di kawasan Bertam itu yang dianggap tidak sesuai.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius berkaitan isu ini dan membantah cadangan pembinaan tujuh blok 10 tingkat dormitori CLQ yang akan menempatkan ribuan pekerja-pekerja asing.
"Kita khuatir kebanjiran ribuan pekerja-pekerja asing boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselesaan rakyat tempatan yang sedia ada.
"UMNO Kepala Batas berpandangan pembinaan CLQ di dalam kawasan tersebut amat tidak sesuai," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.
Roslan berkata, pihaknya dimaklumkan, cadangan pembangunan CLQ ini belum dikemukakan oleh pemaju kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mendapatkan kebenaran merancang.
Bagaimanapun, pihaknya berpendapat amat wajar untuk UMNO merekodkan bantahan awal terhadap cadangan pembangunan CLQ di kawasan tersebut.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 20 2022
Antara kawasan yang terkesan dengan pembangunan yang akan dijalankan di kawasan Bertam. - Foto Sinar Harian
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing bagi program rekalibrasi kekal- Saifuddin
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Mapa bimbang perubahan dasar pemeriksaan perubatan pekerja asing
Majikan dalam pertubuhan perladangan bukan sahaja kecewa tetapi juga kesal dengan perubahan berkaitan keperluan baharu itu, daripada pemeriksaan perubatan tiga tahun kepada tahunan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin
Keputusan berapa lama pembekuan itu akan dilanjutkan akan ditentukan oleh pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.