KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa UMNO Cawangan Taman Kebun Teh di Johor telah menerima sekeping cek bernilai RM10,000 daripada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad untuk perbelanjaan program pertandingan bola sepak, sembilan tahun lepas.
Timbalan Ketua Cawangan itu, Abu Bakar Abd Aziz ,72, berkata, sumbangan tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Maybank Islamic yang merupakan akaun rasmi UMNO cawangan berkenaan pada 10 Dis 2013.
"Susulan kemasukan wang berkenaan, pada 13 Dis 2013 saya mengesahkan terdapat pengeluaran sekeping cek bernilai RM7,000 kepada Mohamad Danial Zainal Abidin iaitu Ketua Pemuda UMNO Taman Kebun Teh bagi tujuan perbelanjaan program Pertandingan Bola Sepak Piala Pusingan YB Tan Sri Shahrir Hj Ab Samad," katanya sambil menambah beliau sendiri yang memohon untuk mendapatkan sumbangan itu kepada Ab Shahrir kerana ahli politik tersebut adalah Ketua Umno Bahagian Johor Bahru.
Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ketika disoal peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros sama ada beliau mengetahui bahawa RM10,000 itu adalah simpanan hari tua Shahrir, Abu Bakar menjawab "saya tidak tahu."
Saksi itu bersetuju bahawa apabila cawangan tersebut berdepan masalah kewangan, antara sumber utama untuk mendapatkan bantuan ialah daripada Ketua Bahagian iaitu Shahrir.
Menjawab soalan peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad sama ada beliau meragui sumber cek itu, Abu Bakar berkata, beliau tidak mempunyai sebarang keraguan dalam hal tersebut.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Mohd 'Afif Ali sama ada RM10,000 itu adalah wang simpanan hari tua Shahrir, Abu Bakar berkata, beliau tidak pernah bertanya dan tidak tahu sumber wang tersebut.
Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar keterangan penasihat jualan Sutera Auto Sdn Bhd, Abdul Rahman Sivam Abdullah, 52, berhubung pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hibrid bernilai RM118,485 oleh Ab Shahrir.
Menurut Abdul Rahman, adalah tidak pelik sekiranya individu berusia seperti Shahrir mampu membuat pembayaran penuh bagi pembelian kereta bernilai RM100,000.
"Kalau ikut pada jawatan, Insya-Allah boleh dan tidak pelik," kata saksi pendakwaan kesembilan itu.
Semalam, mahkamah diberitahu bahawa Shahrir membuat pembayaran penuh bagi pembelian kereta itu menggunakan sekeping cek pada 21 Dis 2013.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Mahkamah diberitahu Tan Sri Shahrir Ab Samad menyumbang RM10,000 kepada UMNO Cawangan Taman Kebun Teh untuk perbelanjaan program pertandingan bola sepak sembilan tahun lepas. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Shahrir tidak akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
Pengunduran veteran UMNO itu disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Sabtu.
Bicara kes Shahrir Samad bermula 26 Julai, pendakwaan kemuka 19 saksi
Kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil.
Ini yang sempat Shahrir Samad lakukan untuk Felda
Antara lain, Shahrir memastikan tiada ahli politik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Felda.
Tsunami Melayu pembangkang mahu musnahkan institusi Melayu - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang bertujuan memusnahkan institusi Melayu yang lama bertapak di negara ini.
Felda setuju wujudkan jawatankuasa siasatan, teliti tindakan dari sudut perundangan
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata jawatankuasa terbabit akan meneliti daripada sudut perundangan berhubung tindakan yang bakal diambil
KLVC: Felda teliti syor laporan audit forensik - Shahrir
Felda akan bertindak terhadap mereka yang cuai menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, FICSB.
Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, ia berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu.
Tanah milik, isu terakhir perbetul semula organisasi Felda - Shahrir
Shahrir berkata isu-isu lain yang menggelincirkan Felda, kini di bawah kendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.
Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad
Kata Timbalan Ketua Polis Negara, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Nilai aset melebihi liabiliti, Felda tidak muflis - Shahrir
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai nilai aset melebihi jumlah liabiliti yang ditanggungnya dan dakwaan syarikat itu hampir muflis, tidak benar.