awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO gesa Jabatan Peguam Negara kaji semula pertuduhan terhadap Najib - Zahid

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2023
09:52 MYT
UMNO gesa Jabatan Peguam Negara kaji semula pertuduhan terhadap Najib - Zahid
Zahid berkata, UMNO mempunyai keyakinan penuh pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya Datuk Seri Najib benar-benar diberi keadilan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO menggesa semua pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dikaji semula, susulan tular memo yang didakwa daripada pasukan pendakwaan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata jika memo itu asli, beliau yakin Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan segera bagi menggugurkan pertuduhan berkenaan.
"Rakyat, khususnya kepimpinan dan ahli UMNO menaruh keyakinan bahawa penganiayaan yang dikenakan kepada Datuk Seri Najib atas arahan kerajaan dan pemimpin ketika itu harus dijadikan asas untuk memperlihatkan bahawa keadilan mesti diberikan keutamaan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.
"Kami mempunyai keyakinan penuh pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya Datuk Seri Najib benar-benar diberi keadilan," katanya selepas melancarkan Program Jualan Desa Madani (JDM) hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu dokumen yang didakwa 'Memo Dalaman' daripada Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan bagi kes melibatkan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Memo bertarikh 10 September 2019 itu dikatakan menyentuh mengenai enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Difahamkan, isi kandungan dokumen yang tular itu berbentuk cadangan daripada pasukan pendakwaan berkenaan, yang sebulat suara mengambil pendirian bahawa enam pertuduhan yang dikenakan tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.
Dokumen tersebut dikatakan ditujukan kepada Tommy, selaku Peguam Negara ketika itu.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh turut mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat kesahihan dokumen berkenaan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Zahid Hamidi
#UMNO
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan