KOTA BHARU: UMNO Bahagian Ketereh akan menghantar surat kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pendirian yang mengandungi empat perkara yang telah ditandatangani oleh 30 Ahli Jawatankuasa parti bahagian berkenaan, Isnin ini.
Ketuanya Tan Sri Annuar Musa berkata antara empat perkara tersebut adalah ketetapan untuk terus menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau berkata perkara kedua pihaknya mengesyorkan supaya Barisan Nasional (BN) dan PN segera memulakan rundingan pembahagian kerusi serta berusaha membentuk gabungan yang kuat untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH) secara satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Antara ketetapan lain termasuk memutuskan untuk memohon perdana menteri segera melantik seorang timbalan perdana menteri dari kalangan pemimpin BN serta-merta dan menggesa kerajaan terus fokus serta memberi keutamaan kepada agenda kestabilan politik memerangi COVID-19 serta memulihkan ekonomi negara.
"Empat pendirian ini akan dihantar kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui serahan surat secara terus pada Isnin ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM cawangan Ketereh kali ke-28 di sini hari ini.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan kekeliruan di peringkat akar umbi khususnya UMNO Ketereh.
Annuar juga berkata beliau tidak bimbang sekiranya kelantangannya menegur parti secara terbuka di laman media sosial Facebook miliknya akan menyebabkan beliau diambil tindakan termasuk dipecat daripada parti berkenaan.
Katanya beliau bertindak sedemikian agar parti berkenaan dapat dihormati, diterima dan disukai oleh rakyat.
"Saya bersuara sebab saya mahu UMNO selamat, saya tidak mahu UMNO itu menjadi alat kepentingan kumpulan atau pun puak atau individu sebab akhirnya kita semua yang akan menerima akibat kalau terjadi apa-apa dengan parti.
"Saya juga adalah ahli nombor 124 daripada 3.5 juta ahli selain merupakan salah seorang yang menaja menghidupkan semula UMNO baharu selepas parti itu diharamkan. Macam-macam orang menyindir nak pecat saya kononnya saya tidak setia dan mahu lompat pergi parti Bersatu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021
Annuar Musa berkata antara empat perkara tersebut adalah ketetapan untuk terus menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). - Gambar fail/BERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Sokongan mantap perlu dizahirkan kepada PM - Annuar Musa
Sokongan kuat dan kepercayaan perlu diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah membuktikan kewibawaannya mentadbir negara dengan baik.
UMNO Ketereh lulus usul sokong PM Ismail Sabri hingga 2023
Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ketereh meluluskan sebulat suara usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen.
UMNO ketereh akan hantar surat pendirian kepada presiden parti
Annuar Musa berkata antara empat perkara tersebut adalah ketetapan untuk terus menyokong kerajaan gabungan PN, GPS dan GRS.