Calon-calon Majlis Tertinggi Umno seharusnya menekankan isu yang melibatkan rakyat dan aspek-aspek tertentu kepentingan orang Melayu dalam kempen mereka, kata bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam.
Sebaliknya, kata beliau calon-calon didapati lebih menumpukan isu-isu kepentingan Melayu yang berbentuk emosional dan secara umum.
"Semenjak proses pemilihan Umno ini berjalan, nampaknya perbahasan ataupun debat atau perbincangan, isu-isu menunjukkan seolah-olah Umno belum dapat fokus kepada isu-isu yang terpenting kepada negara.
"Ada banyak perkara yang harus diambil berat kepada mereka ini, perbahasan harus ditumpukan kepada isu-isu nasional. Adapun isu-isu yang dikatakan kepentingan Melayu yang dibangkitkan, cuma merupakan isu-isu emosional sahaja.
"Kalau ada yang kata untuk kepentingan Melayu, tidak ada perbahasan yang betul-betul mengenal pasti matlamat seperti ke manakah Melayu hendak pergi?
"Apakah erti kata kepentingan Melayu, bagaimanakah orang Melayu hendak menghadapi dunia moden, bagaimanakah orang melayu hendak menghadapi rakyat jelata daripada keturunan lain?" katanya kepada Bernama dan Malaysia Gazette dalam satu temu bual di sini.
Veteran Umno itu berkata pemilihan pucuk pimpinan Umno bukan terhad kepada kepimpinan orang Melayu atau anggota Umno sahaja tetapi proses pemilihan dalam parti ini ialah proses pemilihan pucuk pimpinan negara Malaysia.
"Sebagai parti yang terbesar dan terpenting, kita tidak boleh lagi dengan 'generalities'. Saya lebih kecewa lagi sebab isu-isu yang timbul dan ditimbulkan oleh rakyat jelata keseluruhannya, tidak timbul langsung (dalam kempen mereka)," kata beliau.
Musa berkata isu-isu kebimbangan rakyat seperti amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta keselamatan peribadi perlu diambil kira dan dijadikan tumpuan bagi calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti.
"Persoalan seperti ini harus dikemukakan terutama kepada mereka yang nak jadi 'top leaders'. Rakyat pasti mahu dengar apa pendapat mereka dan bagaimana mereka mahu mengatasinya bila menjadi pemimpin atau menteri nanti," kata beliau.
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi akan menentukan saf kepimpinan tertinggi parti dalam pemilihan esok.
Sebanyak 71 orang calon akan bertanding untuk merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan dalam Majlis Tertinggi iaitu timbalan pengerusi tetap (tiga calon), naib presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
Musa sebelum ini dilapor menyarankan agar keenam-enam calon naib presiden dipertemukan dalam sebuah program pendebatan televisyen.
Bernama
Fri Oct 18 2013
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.