UMNO merupakan sebuah parti bersifat inklusif dan sentiasa serius terhadap usaha mencari sentuhan baharu bagi mengemudi kepentingan orang Melayu serta memimpin Malaysia ke arah lebih berjaya, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata sejak kemerdekaan negara 60 tahun lalu, UMNO telah membawa pelbagai dasar yang relevan dengan landskap dunia yang semakin mencabar.
Katanya UMNO mendapatkan pandangan semua pihak termasuk bukan ahli parti dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di samping menerima cadangan dasar-dasar yang lebih kreatif dan inovatif demi kepentingan bersama.
"Kita tidak perlu apologetik dalam cara kita memimpin negara biarpun kejayaan kita selama ini diremeh dan diperlekeh pihak lain," katanya ketika berucap menutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di sini, pada Ahad.
Konvensyen berkenaan diadakan sebagai persediaan dan panduan oleh jurucakap yang akan membahaskan usul sepanjang Perhimpunan Agung UMNO bulan depan.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata anggota UMNO perlu yakin dengan kemampuan kepimpinan parti dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.
Justeru, katanya jentera UMNO perlu menerapkan 'winning mentality' khususnya pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekali gus memastikan kelangsungan parti itu.
"Inilah masanya orang UMNO bangkit dengan semangat yang luar biasa untuk memastikan parti tetap relevan," katanya.
Katanya jentera parti juga perlu bekerja keras dengan menyampaikan kejayaan yang dicapai kerajaan selain membantu menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.
Dalam pada itu, beliau berkata parti komponen juga perlu bangkit bersama UMNO dalam menjalankan gerak kerja ke arah mencapai kemenangan pada PRU14.
Katanya, kerjasama antara parti komponen perlu disemarakkan dengan pendekatan di luar kotak bagi menarik sokongan terhadap Barisan Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017
HISHAMMUDDIN: Kita tidak perlu apologetik dalam cara kita memimpin negara biarpun kejayaan kita selama ini diremeh dan diperlekeh pihak lain. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan PH dicabar lebih berani bantu Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, konsep meritokrasi dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana disifatkan sebagai tidak adil.
UMNO serius kemudi kepentingan orang Melayu, negara - Hishammuddin
Beliau berkata sejak kemerdekaan negara 60 tahun lalu, UMNO telah membawa pelbagai dasar yang relevan dengan landskap dunia yang semakin mencabar.