awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMP sedia tawar bantuan guna kit anti histeria

Hakim Rahman
Hakim Rahman
22/04/2016
05:26 MYT
UMP sedia tawar bantuan guna kit anti histeria
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersedia menawarkan perkhidmatan kepada pelajar dan sekolah menggunakan kit anti histeria.
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersedia menawarkan perkhidmatan kepada pelajar dan sekolah menggunakan kit anti histeria.
Bagaimanapun, pihak sekolah atau pelajar yang yang menghadapi serangan histeria perlu menghubungi pihak UMP bagi mendapatkan perkhidmatan mereka.
Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr Mahyuddin Ismail berkata, ia bagi mengelakkan pertembungan kaedah rawatan berbeza yang boleh menjejaskan proses pemulihan pesakit.
"Kita bimbang akan ada pengamal-pengamal lain... boleh jadi dia menjejaskan juga sebab kita macam hospital juga la kalau boleh dapatkan rawatan daripada seorang doktor saja kalau tak sembuh baru pergi kepada orang lain.
"Isunya ialah kita bimbang apa yang kita buat bercampur-campur dengan perawat pengamal lain, cuma kalau dihubungi secara khusus kita bersedialah nak bantu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Menurut Dr Mahyuddin, sejak diperkenalkan tahun lalu, pihaknya berjaya menyelesaikan hampir 100 peratus kes histeria menggunakan kit berkenaan.
Ketika diperkenalkan, kit anti histeria berkenaan dijual pada harga RM8,750 dan harga itu termasuk kursus yang akan diberikan kepada pembeli kit tersebut.
Ia mengandungi bahan-bahan seperti kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat Al-Quran.
Bagaimanapun, menurut Dr Mayhuddin, kit anti histeria berkenaan tidak lagi dijual sebaliknya pihaknya menawarkan perkhidmatan menggunakan kit berkenaan atas faktor keselamatan.
Topic Berkaitan
#Dr Mahyuddin Ismail
#kit anti histeria
#UMP
#Universiti Malaysia Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan