MALAYSIA
Umpan aiskrim sebelum cabul kanak-kanak lima tahun, sarjan tentera direman

Lelaki berusia 32 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat.
ALOR GAJAH: Seorang sarjan tentera direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Ringkasan AI
- Seorang sarjan tentera berusia 32 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan taman perumahan mereka pada petang Januari lalu.
- Suspek pernah berdepan lima pertuduhan termasuk merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap kakak kepada mangsa, seorang pelajar tingkatan satu MRSM di Melaka, dan dipercayai mengumpan mangsa dengan aiskrim sebelum mencabul.
- Suspek ditahan pada petang Khamis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa.
Sumber berkata, selepas kejadian itu kanak-kanak terbabit menceritakan perbuatan jijik suspek kepada ibunya yang berlaku di kawasan taman perumahan mereka pada petang Januari lalu.
Menurutnya, ketika itu mangsa dalam perjalanan pulang dari tadika dan suspek telah membawa mangsa bersiar-siar di kawasan taman perumahan didiami dengan menaiki keretanya.
"Suspek membawa mangsa membeli aiskrim dan selepas itu dia akan memeluk, mencium pipi dan mulut serta menyentuh kemaluan anak bongsu daripada lima beradik itu.
"Mangsa mendakwa sering diperlakukan begitu oleh suspek yang mengumpannya dengan membeli aiskrim sebelum mencabul," katanya.
Ujarnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan pada petang Khamis bagi mendapatkan perintah reman dan membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami