KOTA KINABALU: Lima suspek ditahan polis pada 27 April lalu atas dakwaan merogol tiga pelajar berusia 13 tahun di sebuah rumah tumpangan di Kampung Air, di sini, pada 26 April.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kumpulan suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan itu dilaporkan mengumpan ketiga-tiga mangsa menggunakan vape sebelum merogol mangsa yang tidak sedarkan diri selepas menghisap vape berkenaan.
"Dalam kejadian itu, suspek empat lelaki dan seorang perempuan terbabit menegur ketiga-tiga mangsa ketika berada di sebuah pusat beli belah di bandar raya ini dan memujuk ketiga-tiga mangsa untuk lepak di rumah tumpangan mereka di Kampung Air.
"Ketika berada di rumah tumpangan berkenaan, semua mangsa diumpan untuk menghisap vape berperisa baharu," ujar Zaidi ketika ditemui sewaktu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Beliau menambah ketiga-tiga mangsa yang tersedar tidak lama kemudian mengesyaki mereka dirogol sebelum membuat laporan polis.
"Ketika semua mangsa tersedar pada tengah malam, mangsa mendapati mereka dalam keadaan tidak berpakaian, manakala empat lelaki dan seorang perempuan terbabit menghilangkan diri.
"Ketiga-tiga mangsa mengesyaki mereka telah dirogol lalu membuat laporan polis," Zaidi menambah.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu berjaya mengesan dan menangkap kelima-lima suspek termasuk remaja perempuan berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun pada 27 April.
Kesemua suspek yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu dan Taman Telipok Ria, Tuaran direman sehingga 5 Mei 2023 untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.
Zaidi turut mengingatkan orang awam terutamanya golongan remaja wanita agar tidak mudah terpengaruh dengan lelaki yang baru dikenali ataupun menerima ajakan menghisap vape bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.
Abdul Hafiz Mustadi
Mon May 01 2023

Lima suspek ditahan polis pada 27 April lalu atas dakwaan merogol tiga pelajar berusia 13 tahun di sebuah rumah tumpangan di Kampung Air pada 26 April. -Gambar hiasan

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

32 rumah hangus dalam kebakaran di Sandakan
Seorang lelaki melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan 32 buah rumah atas air di Kampung Air, Jalan Batu Sapi, Sandakan pada awal pagi Ahad.

ESSZone bincang isu penempatan semula perkampungan air
Kerajaan Indonesia juga merancang memperkenal lebih banyak sekatan tahun depan menerusi peraturan baharu bagi melindungi pekerja tempatan.

Kampung air
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata zaman kampung air sudah berakhir. Cara hidup dalam kampung air tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dengan adanya jalan dan bekalan yang cukup.

Cara hidup orang Suluk di Lahad Datu
Dianggarkan seramai 500,000 warga berketurunan Suluk berada di Sabah.