awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang atasi pencemaran plastik dikaji semula - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
01/04/2024
21:45 MYT
Undang-undang atasi pencemaran plastik dikaji semula - Nik Nazmi
Nik Nazmi ketika hadir pada Program Pathways to Plastic Neutrality di Universiti Malaysia Sarawak, di Samarahan, 1 April 2024. -- fotoBERNAMA
KOTA SAMARAHAN: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengkaji semula undang-undang berkaitan bagi mengatasi pencemaran plastik di negara ini.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata undang-undang yang sedia ada bersifat fragmented law iaitu pelaksanaannya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut kesesuaian lokaliti serta konteks di kawasan masing-masing.
"Jadi, atas dasar itu kita (kementerian) sedang melihat bagaimana di peringkat dunia melalui satu perjanjian plastik (dari segi dasar menguruskan), kita melihat bagaimana kerajaan Persekutuan juga dapat menggubal perundangan bagi mengatasi masalah pencemaran plastik ini.
"Bagaimana kita nak menjadikan penggunaan plastik ini lebih lestari? Sama ada dengan pengurangan penggunaan plastik sekali guna, plastik yang boleh biodegradasi yang diperbuat daripada bahan bahan organik ataupun alternatif lain untuk menggantikan penggunaan plastik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog "Pathways to Plastic Neutrality: Collaborative Action and Innovative Solution" anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Yayasan Hijau Malaysia di sini semalam.
NiK Nazmi berkata usaha mengatasi pencemaran plastik disifatkan kurang efektif, walaupun pelbagai usaha dilakukan, isu pencemaran tetap menjadi masalah utama Malaysia.
"Kita tahu bahawa kuantiti plastik di dalam sungai dan lautan menyumbang kepada masalah banjir, kepada kelaziman plastik mikro dalam rantaian makanan kita. Jadi, saya rasa di situlah kita melihat semula dasar sedia ada.
"Sekarang, beberapa negeri sudah mengenakan caj terhadap penggunaan plastik, tetapi ia tidak lagi dibuat secara meluas dan antara cabaran besar di Malaysia ialah sektor tidak formal, contohnya di bazar Ramadan, pasar malam yang masih menggunakan plastik secara meluas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran plastik
#pbt
#Nik Nazmi
#kaji semula undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan