KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baharu berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja (3R) dibimbangi akan mengikat kebebasan bersuara khususnya pihak media bagi memberi laporan yang terbaik kerana mereka adalah mata dan telinga rakyat untuk kerajaan mentadbir dengan lebih baik.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai sebuah negara yang berpegang kepada demokrasi, kebebasan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, fasal ini menyatakan bahawa kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan merupakan kebebasan asasi yang diberikan kepada warganegara.
"Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan akan mengkaji kerelevanan undang-undang sedia ada selaras perkembangan semasa susulan peningkatan kes provokasi membabitkan 3R.
"Soalnya, perlukah undang-undang baharu berkaitan 3R diperkenalkan?
"Apakah undang-undang baharu ini akan menjamin kebebasan untuk terus bersuara dan tidak ada manipulasi oleh pemerintah?," kata beliau dalam kolum tetapnya 'Jalar Fikir' yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.
Ismail Sabri bagaimanapun mengakui tidak ada kebebasan yang mutlak namun undang-undang sedai memadai untuk memastikan kenteraman awam tidak terancam.
Katanya, beberapa undang-undang juga digubal sejak sebelum merdeka lagi bagi memastikan kebebasan ini tidak disalahgunakan.
"Dalam konteks kebebasan bersuara di Malaysia, ia berada di bawah lingkungan kawalan Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Polis 1967, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta beberapa akta lain termasuk Kanun Keseksaan.
"Kerajaan juga harus bersedia berhadapan ledakan digital terutama melalui media sosial yang menyebabkan wujudnya pelbagai golongan seperti pempengaruh (influencer) dan laskar siber (cybertrooper).
"Hari ini, kita sering mendengar akaun-akaun media sosial termasuk milik pemimpin tertentu disekat dek kerana tidak sealiran dengan pemerintah.
"Tindakan ini mengongkong hak dan kebebasan untuk bersuara dan tidak wajar sama sekali. Sekiranya wujud unsur fitnah atau tohmahan sehingga mengancam ketenteraman awam, heret individu terbabit ke muka pengadilan melalui undang-undang sedia ada," katanya.
Tambahnya, dalam dunia hari ini, kebebasan bersuara harus diraikan, namun dalam masa sama harus diingat tidak ada kebebasan yang mutlak.
Astro Awani
Sat Aug 05 2023

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai sebuah negara yang berpegang kepada demokrasi, kebebasan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail

Laporan polis Wahab dedah identiti Mr H
Laporan yang dibuat oleh Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani adalah untuk mendedahkan identiti Mr H.
Tun Juhar terima kunjungan hirmat Tun Ali Rustam
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Seri Kinabalu
41 warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara 41 barangan bersejarah berasal daripada pulau terbesar di Asia itu.
Petrosniaga jamin tiada caj tambahan tukar silinder LPG
Petrosniaga dalam kenyataannya berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan kementerian utiliti dan telekomunikasi sarawak untuk memastikan tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder lpg lain kepada silinder LPG Petros atau gas Petronas selain kos pengisian semula.
Sarawak tawar banyak kelebihan kepada syarikat asing
Sarawak menawarkan banyak peluang dalam perniagaan, perdagangan dan riadah. Kami kini mempromosikan ekonomi digital dan hijau, memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyahkarbonan
Pemegang taruh industri perlu jauhi transaksi tidak beretika
Malaysia perlu diangkat sebagai hab ekonomi halal berdaya maju memandangkan industri itu berpotensi tinggi dengan nilai ekonomi global mencecah AS$5 trilion (RM23.26 trilion) menjelang 2030.
Kerajaan dalam proses gubal dasar pengurusan risiko bencana
Kerajaan dalam proses menggubal Dasar Pengurusan Risiko Bencana dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu akta khusus dalam usaha meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana seperti banjir pada masa depan.
Cabaran menoktahkan miskin tegar di Sabah
Cabaran dihadapi termasuk jumlah miskin tegar yang ramai dalam ekasih itu dan lokasi tempat tinggal di kawasan pedalaman menyukarkan golongan itu mengikuti program meningkatkan pendapatan dilaksanakan kerajaan.
Pemimpin politik Sabah diminta bersatu tuntut hak negeri
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perbezaan politik perlu dilupakan dalam memastikan hak Sabah yang terkandung dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berhasil dituntut demi kepentingan rakyat di negeri itu.
Belanjawan Sabah 2024 diluluskan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Belanjawan Sabah 2024 berjumlah RM5.701 bilion setelah dibahas selama empat hari bermula Isnin lalu

Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu tidak boleh diperkatakan.

Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.

Dr Mahathir perlu henti kelirukan rakyat libat isu 3R - Tiong
Tiong berkata, pemimpin seharusnya mencontohi sikap Tun Abdullah yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.

Tun M mahu terus bersuara dalam isu 3R
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terus bersuara terutamanya melibatkan isu-isu 3R yang menyentuh agama, bangsa dan institusi diraja walaupun sudah sembilan kali disoal siasat polis berkenaan isu itu.

PRK: Tiada laporan kesalahan berkaitan 3R setakat ini - Nie Ching
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan penyebaran naratif kebencian 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

Isu 3R: Alumni 4B gesa kerajaan bertindak tegas
Jamaludin berkata, sejak kebelakangan ini, isu ini dipermainkan oleh banyak pihak, termasuk ketika Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan
Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan.

Undang-undang baharu 3R ikat kebebasan bersuara?
Ismail Sabri berkata, sebagai sebuah negara yang berpegang kepada demokrasi, kebebasan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Fahmi ingatkan semua pihak berhati-hati, jangan sentuh hal berkaitan 3R
Perkara ini penting kerana ia boleh menggugat perpaduan yang lama terjalin dan dipupuk sejak awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Lapan laporan polis termasuk satu isu 3R di Pulau Pinang
Polis menerima lapan laporan termasuk satu membabitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum sejak bermula kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) hingga tengah malam tadi di negeri ini.