awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
MITRA kini di bawah KESUMA - Ramanan
Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut nahas tiga motosikal, Myvi di Jalan Muar–Segamat

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2025
04:20 MYT
Empat maut nahas tiga motosikal, Myvi di Jalan Muar–Segamat
Empat remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Muar-Segamat. -Gambar Sinar Harian
TANGKAK: Empat maut termasuk seorang gadis dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 32.5, Jalan Muar–Segamat, malam Jumaat

Ringkasan AI
  • Empat remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Muar-Segamat.
  • Tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak.
  • Polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan telah menghantar kesemua mangsa ke hospital untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 10.55 malam dan mengorbankan empat mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Menurutnya, tiga mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC dan penunggang Yamaha Y15ZR serta pembonceng, remaja perempuan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak di sini, semasa mendapatkan rawatan.
"Pemandu kereta Perodua Myvi bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.
"Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu," katanya dalam kenyataan.
Roslan berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tangkak di sini untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Empat remaja maut
#Perodua Myvi
#Jalan Muar-Segamat
#Hospital Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan