Undang-undang baharu bagi membendung aktiviti penyalahgunaan darjah kebesaran akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata undang-undang komprehensif itu akan memperincikan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang menyalahgunaan darjah kebesaran melibatkan pemberian, penerimaan dan penggunaan.
"Cadangan undang-undang baharu itu telah dibentangkan pada mesyuarat pra-majlis Majlis Raja-Raja pada 16 Feb lepas dan dijangka dibentang semula untuk persetujuan majlis berkenaan sebelum dibawa ke Parlimen untuk kelulusan," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).
Ahmad Fauzi meminta penjelasan mengenai tindakan yang dikenakan terhadap individu yang mengurniakan darjah kebesaran secara haram yang semakin berleluasa.
Azalina berkata penggubalan undang-undang tersebut memerlukan penelitian mendalam terutamanya jenis kesalahan dan hukuman bakal dikenakan sebelum ia dimuktamadkan.
"Sehubungan itu sementara undang-undang ini masih belum dimuktamadkan, orang ramai diingatkan untuk tidak terlibat dalam apa juga aktiviti termasuk memberi, menerima dan memakai darjah kebesaran yang meragukan.
"Sekiranya terdapat keraguan ke atas mana-mana penganugerahan dan kebesaran, orang ramai boleh merujuk kepada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri untuk pengesahan," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Azalina berkata penganugerahan hanya boleh diterima melalui Yang di-Pertuan Agong untuk penganugerahan peringkat persekutuan dan wilayah persekutuan, Sultan dan Yang Dipertua Negeri (negeri) selain daripada ketua negara yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
Menurutnya penganugerahan yang telah dikurniakan juga boleh ditarik balik atas budi bicara dan penilaian pemberi anugerah itu sekiranya penerima telah melakukan jenayah ataupun dipenjarakan.
Beliau berkata penganugerahan sesuatu darjah ataupun pangkat adalah atas justifikasi tertentu iaitu berdasarkan kepada mereka yang berjasa kepada masyarakat selain tidak terbabit dalam apa-apa kes jenayah dan salah guna kuasa.
Dalam pada itu Azalina juga berkata ketika ini mereka yang mengguna pangkat atau sebarang gelaran yang tidak diiktiraf kerajaan boleh didakwa mengikut Seksyen 416 dan 419 Kanun Keseksaan kerana menipu serta menyamar.
Orang ramai boleh melaporkan kepada polis jika ada pihak yang menggunakan gelaran atau pangkat yang tidak disahkan dan diiktiraf kerajaan.
Katanya setakat ini belum ada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan atas kesalahan itu.
Bernama
Tue Mar 15 2016
Kata Azalina, ketika ini mereka yang mengguna pangkat atau sebarang gelaran yang tidak diiktiraf kerajaan boleh didakwa mengikut Seksyen 416 dan 419 Kanun Keseksaan kerana menipu serta menyamar. - Gambar fail
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.