Malaysia perlu melakukan semakan semula terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 dari semasa ke semasa bagi memastikan akta itu sejajar dengan perkembangan baharu seperti Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah (EU), yang diperkenalkan Mei tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata GDPR adalah rangka kerja baharu bagi undang-undang perlindungan data terpakai bagi semua syarikat yang menawarkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna di EU atau Kawasan Ekonomi Eropah.
Ini termasuk syarikat Malaysia yang mempunyai hubungan atau urusan perniagaan dengan negara Eropah.
"Syarikat perlu bertindak sekarang terutama kerana undang-undang seperti GDPR EU baharu boleh mengenakan penalti berat terhadap perbuatan tidak mematuhi undang-undang," kata Gobind Singh ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Tadbir Urus Digital Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA)-Persekutuan Pengiklan Sedunia (WFA) bertemakan 'The Future of Digital Advertising in a Privacy-First World' di sini hari ini.
Dalam ucaptama bertajuk 'Pengkodan Akta Perlindungan Data Peribadi, Gobind berkata PDPA perlu dikaji semula dari semasa ke semasa kerana Malaysia juga menjadi sebahagian daripada ekonomi tanpa sempadan ketika ini serta perlu mengambil kira rangka kerja perlindungan data seperti GDPR.
"Malaysia juga perlu berada setara dengan undang-undang global berkaitan perlindungan data kerana rakyat negara ini bukan sahaja terdedah kepada peruncit tempatan, tetapi juga kepada pihak lain yang ingin menggunakan data mereka bagi pelbagai tujuan," katanya.
Gobind Singh menegaskan bahawa kesedaran mengenai undang-undang bukan sahaja menjadi keperluan bagi para pakar kerana ia kini menjadi sebahagian penting daripada urusan harian semua pihak.
"Memahami undang-undang secara menyeluruh adalah strategi jangka panjang yang akan membantu mewujudkan lebih banyak nilai perniagaan serta memberi kelebihan daya saing kepada sesebuah syarikat," katanya.
Beliau berkata, syarikat juga perlu mengambil maklum bahawa walaupun dasar privasi global sudah sedia ada, tetapi ia mungkin perlu disemak semula dan disusun supaya sejajar dengan keperluan Malaysia.
Contohnya, PDPA mewajibkan notis data peribadi dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
"Pematuhan ketat terhadap undang-undang akan memastikan sesebuah syarikat sentiasa relevan di peringkat global dan dapat menembusi pasaran baharu, terutama ketika kerajaan di seluruh dunia sering diuji dengan pelanggaran privasi dan data," kata Gobind Singh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018

GOBIND SINGH - ''Undang-Undang perlindungan data perlu dikemaskini dari semasa ke semasa''

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

WEF 2022: Dahulu 'Russia House', kini 'Russia War Crime House'
Tiada jemputan diserahkan kepada mana-mana wakil Rusia susulan sekatan yang dikenakan terutama kepada golongan kaya negara itu.

WEF 2022: Malaysia harus bawa suara ASEAN, Asia Tenggara di Davos
Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu.

Malaysia mampu harungi tekanan inflasi dengan baik - Manulife IM
Keadaan makro semasa Malaysia disokong dengan baik antaranya oleh kedudukan akaun semasa yang munasabah serta rizab pertukaran asing.

Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.

PJM mampu jana nilai jualan RM500 bilion tahun ini - Nanta Linggi
Program Jualan Malaysia menyokong usaha pemulihan ekonomi menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R.

Rancakkan penglibatan OKU dalam ekonomi digital - Ras Adiba
Usaha merancakkan dan mengarusperdanakan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam ekonomi digital harus dilipat ganda.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik - PM
Ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau akhiri minggu ini rendah
Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau untuk mengakhiri minggu ini rendah, dengan indeks utama merosot 0.02 peratus.