awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak: Motif disyaki akibat dendam babitkan kongsi gelap - Polis

Bernama
Bernama
13/12/2025
04:45 MYT
Kes tembak: Motif disyaki akibat dendam babitkan kongsi gelap - Polis
Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan selain merampas sepucuk pistol dan beberapa butir peluru. - Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Kejadian seorang lelaki yang maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini pada Rabu lepas dipercayai bermotifkan dendam membabitkan kongsi gelap.

Ringkasan AI
  • Lelaki maut ditembak di Jalan Rasah-Mambau dipercayai berpunca dendam kongsi gelap.
  • Polis Negeri Sembilan tahan tiga lelaki, rampas pistol dan peluru dalam siasatan.
  • Polis kesan kejadian balas dendam; 7 individu dipanggil untuk keterangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata setakat ini, pihaknya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan selain merampas sepucuk pistol dan beberapa butir peluru dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.
"Kita masih lagi mengesan suspek dan saksi untuk bantu siasatan dan setakat ini, tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan.
"Polis percaya kes ini disebabkan balas dendam, lelaki yang maut itu merupakan pengawal keselamatan kepada lelaki cedera yang disyaki merupakan pemimpin kepada kumpulan kongsi gelap," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, manakala seorang lagi lelaki berumur 47 tahun cedera selepas ditembak dua suspek yang menaiki motosikal.
Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata hingga kini, tiada pihak yang tampil membuat laporan atau memberikan maklumat berkaitan insiden seorang lelaki yang cedera terkena tembakan ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling semalam.
"Polis kini sedang mengesan individu terlibat. Kita tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pemburu haram di hutan di negeri ini," katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata ketika kejadian, mangsa berusia 47 tahun itu berada di lokasi seorang diri sebelum terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.
Mangsa yang bekerja sendiri itu dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#bermotif dendam
#tol Port Dickson
#kongsi gelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan