ALOR SETAR: Penggubalan undang-undang khusus perlu diperkenalkan selain undang-undang sedia ada diperkemaskan, agar seiring dengan perkembangan teknologi semasa bagi menangani jenayah penipuan dalam talian, titah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Baginda bertitah hukuman dan denda yang lebih tinggi haruslah dikenakan agar jenayah itu dapat dibanteras.
"Teknologi berkembang dengan pesat, selalunya undang-undang ketinggalan ke belakang sebab prosesnya lambat, kita nak gubal undang-undang mengenainya, akan ambil masa.
"Jadi undang-undang ini juga kena ikut dengan perkembangan teknologi supaya boleh keep up dengan teknologi, macam sekarang ada AI (teknologi kecerdasan buatan), jadi undang-undang pun kena up to date," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 peringkat Kedah di sini semalam.
Baginda bertitah undang-undang bersesuaian perlu digubal agar ia dapat dikuatkuasakan secara berkesan untuk menangani isu-isu yang timbul dalam penggunaan teknologi AI untuk jenayah penipuan dan scam.
Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan peringkat Kedah anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan CelcomDigi Bhd itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai landskap ancaman siber yang semakin berkembang, modus operandi terkini scammer serta pencegahan.
Seramai 600 peserta terdiri daripada penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi pensyarah, guru, belia, ibu bapa serta wakil komuniti hadir pada program selama dua hari yang bermula semalam itu.
Sementara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam CyberSecurity Malaysia berkata Pusat Tindakbalas Insiden Siber-Cyber999 merekodkan 2,518 insiden keselamatan siber, dengan penipuan dalam talian merekodkan 1,646 insiden dari Januari hingga Mei tahun ini.
Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pula merekodkan 13,134 kes jenayah dalam talian bagi tempoh sama dengan nilai kerugian mencecah lebih RM511 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah pada majlis penutupan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024 peringkat Kedah di Alor Setar, 27 Jun 2024. --fotoBERNAMA
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Platform media sosial luar negara dibenarkan di Iran jika terima peraturan sedia ada
Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berulang kali menekankan kepentingan melindungi keselamatan psikologi rakyat Iran di alam siber.
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.
Rogol amah: Mahkamah Rayuan benar ahli perniagaan semak hukuman penjara 12 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan, menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan lima sebatan.
LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Kerajaan akan terus tegakkan standard integriti tertinggi - PM Singapura
Wong berkata semua pegawai awam bertanggungjawab dan tiada sesiapa yang terlepas daripada pengawasan atau di atas undang-undang.