awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang apa boleh tangguh pilihan raya, soal Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2020
21:21 MYT
Undang-undang apa boleh tangguh pilihan raya, soal Annuar Musa
Annuar juga melemparkan persoalan mengenai jangkaan senario jangkitan COVID-19 jika episod perebutan kuasa politik berlarutan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Menteri Wilayah Persekutuan melontarkan beberapa persoalan menerusi laman Facebook beliau, yang memberi gambaran mengenai keperluan peruntukan untuk menangguhkan pilihan raya.
Tan Sri Annuar Musa dalam persoalannya itu bertanyakan mengenai peruntukan undang-undang sedia ada yang wujud bagi membolehkan pilihan raya ditangguh demi memastikan COVID-19 dapat dikawal.
Pertanyaan Ahli Parlimen Ketereh itu dibuat susulan wujud desakan dalam kalangan rakyat, terutamanya pengundi di Parlimen Batu Sapi, agar pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan dapat ditangguhkan.
Persoalan itu juga dibuat susulan kebimbangan orang ramai terhadap risiko peningkatan jangkitan COVID-19 apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan kelak.
"Pelbagai pihak mengugut mahu menjatuhkan Perdana Menteri (PM) melalui sidang Parlimen bulan depan.
"Jika itu berlaku, maka PM boleh bubarkan parlimen dan pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan. Tetapi, rakyat tidak mahu pilihan raya diadakan kerana takut merebaknya COVID-19," tulis Annuar.
Beliau juga melemparkan persoalan mengenai jangkaan senario jangkitan COVID-19 jika episod perebutan kuasa politik berlarutan.
"Bagaimana agaknya kalau dalam tempoh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi pada saat rakyat sedang bertarung nyawa dengan ancaman COVID-19," soalnya lagi.
Sumber Facebook tansri.annuarmusa
BACA: Darurat: Rakyat tidak perlu dibebankan dengan masalah kerajaan - Prof Hamidin BACA: UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi PRK Parlimen Batu Sapi dijadualkan pada 5 Disember susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu. Pada masa sama, PRN Sarawak perlu diadakan apabila tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada tamat pada Jun tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#undang-undang
#pilihan raya kecil
#Perdana Menteri
#gencatan politik
#tangguh
#PRK Batu Sapi
#Facebook
#perebutan kuasa
#politik
#demokrasi
#COVID-19
#PRN Sarawak
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan