awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tikam pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicara
Pemandu lori didakwa rompak bersenjata, lakukan persetubuhan bertentangan tabii
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang bakal diperkemas bezakan perasuah dan pemberi maklumat - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
16/12/2025
02:45 MYT
Undang-undang bakal diperkemas bezakan perasuah dan pemberi maklumat - PM Anwar
Anwar berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan melalui proses penambahbaikan pada awal tahun hadapan bagi membezakan antara pemberi maklumat dan perasuah. - Foto Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) akan melalui proses penambahbaikan pada awal tahun hadapan.
Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diambil untuk membezakan antara pemberi maklumat (whistleblower) dan penjenayah yang berselindung di sebalik status selaku pemberi maklumat.
“Saya percaya, undang-undang itu, kalau hendak diperkemaskan (dan) dibentang, akan dilakukan awal tahun depan.
“Untuk menentukan kaedah yang tetap bagi membezakan di antara whistleblower dan penyamun, perasuah atau penjenayah yang terlindung dengan peraturan atau akta ini,” katanya semasa menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit di Dewan Negara hari ini.
Beliau turut menyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan membentangkan hal tersebut sekiranya wujud kelompongan terhadap akta itu.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut menegur kekeliruan yang wujud dalam kalangan masyarakat yang menganggap perasuah sebagai pemberi maklumat.
“Ada kekeliruan dalam negara kita. Sekarang ini, penyamun, perasuah pun dianggap whistleblower dan dijadikan hero.

“Kalau seseorang itu mencuri RM1 bilion, dia kata akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk dapatkan kembali RM100, itu bukan whistleblower itu penyamun tegar,” katanya.
Beliau turut menegur sikap segelintir ahli politik yang disifatkannya menyokong individu yang terang-terangan mengaku memberi rasuah kepada ahli politik.
“Sekarang ini ada budaya dalam kalangan ahli-ahli politik sendiri yang mendewa-dewakan seseorang yang umpamanya mengaku terang-terang merasuah pemimpin politik,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Negara
#Rasuah
#whistleblower
#Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan