awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang berkaitan maritim perlu dipinda untuk kekal relevan - Loke

Bernama
Bernama
14/11/2024
14:41 MYT
Undang-undang berkaitan maritim perlu dipinda untuk kekal relevan - Loke
Undang-undang berkaitan sektor maritim perlu dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dengan peredaran zaman dan keperluan semasa, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Undang-undang berkaitan sektor maritim perlu dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dengan peredaran zaman dan keperluan semasa, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata terdapat beberapa undang-undang dalam sektor berkenaan yang diguna pakai hingga kini sudah ketinggalan zaman kerana ia diwarisi dari zaman penjajahan British.
"Sekarang dunia dokumentasi perlu melalui digital. Ini antara faktor kenapa ia perlu dipinda.
"Apa (faktor) yang penting adalah negara kita sebuah negara perdagangan yang ada barangan dagangan dibawa melalui jalan laut kerana kita ada banyak pelabuhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Bengkel Ekonomi Maritim anjuran Institut Maritim Malaysia (MIMA) di sini hari ini.
Berkongsi undang-undang berkaitan maritim yang telah dipinda, Loke berkata kerajaan pada Mei 2016 telah meluluskan Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 bagi menyeragamkan perundangan maritim negara agar selaras dengan komuniti maritim antarabangsa.
Beliau berkata sektor maritim memainkan peranan penting dan ia antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan hampir 95 peratus nilai perdagangan negara adalah daripada sektor berkenaan.
"Sektor ini juga bukan hanya tertumpu kepada perdagangan tetapi pelabuhan, pelancongan, perikanan dan sumber tenaga," katanya.
Menyedari kepentingan sektor itu kepada negara, Loke berkata sudah tiba masa untuk semua pihak berkepentingan dan pemain industri berganding bahu dengan kerajaan memperkasakan sektor maritim secara bersepadu.
"Bidang pelabuhan dan perkapalan biasanya silo dan tidak ada satu bentuk kerjasama strategik yang dapat menghasilkan satu nilai lebih tinggi. Kena ada satu usaha bersama," katanya menambah negeri lain perlu mengikut jejak langkah Sabah yang menjadi pelopor Ekonomi Biru di Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat syarikat perkapalan yang beroperasi di Malaysia menyediakan perkhidmatan membekalkan senjata api kepada Israel untuk tujuan genosid di Palestin.
"Setakat ini saya belum terima sebarang maklumat. Kita kena siasat jika ada dakwaan tersebut dan kementerian akan melihat tindakan yang boleh diambil," katanya.
Media sebelum ini melaporkan sekumpulan aktivis pro-Palestin mendakwa menerima maklumat dari luar negara bahawa terdapat syarikat tempatan yang menguruskan penghantaran kontena bahan letupan ke Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#udang-undang berkaitan maritim
#perlu dipinda
#kekal relevan
#Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan