awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi belah bahagi: Tindakan diambil terhadap wakil BN gagal hadir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2017
04:14 MYT
Undi belah bahagi: Tindakan diambil terhadap wakil BN gagal hadir
AHMAD ZAHID: Saya sudah ambil tindakan. Saya juga sudah tegur mereka. - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) telah mengambil tindakan terhadap wakil rakyatnya yang gagal hadir semasa sesi pengundian belah bahagi Rang Undang-undang Perbekalan (Bajet 2018) peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Isnin lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Ahli Parlimen BN perlu memandang serius kejadian yang berlaku hingga menyebabkan kerajaan hampir tewas pada pengundian tersebut.
"Saya sudah ambil tindakan. Saya juga sudah tegur mereka yang mereka perlu lebih serius dalam soal menghadiri sidang (Dewan Rakyat)," katanya yang juga Ketua Whip BN pada satu sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Pada Isnin, G Manivannan (PKR-Kapar) memohon proses undian belah bahagi diadakan ketika Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee meminta persetujuan wakil rakyat untuk meluluskan kepala bekalan dan pembangunan B25/P25 KPDNKK.
Undian belah bahagi menghasilkan keputusan 52 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 51 tidak bersetuju dan dua lagi berkecuali.
Bagaimanapun, keputusan undi belah bahagi itu mencetuskan kekecohan dan kemarahan wakil rakyat pembangkang yang mendakwa Kiandee tidak berlaku adil dan wujud penipuan ketika proses pengundian dijalankan.
Ketika itu, lebih daripada 80 Ahli Parlimen BN tidak hadir.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen BN
#Ahmad Zahid Hamidi
#Bajet 2018
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#g manivannan
#KPDNKK
#persidangan
#tidak hadir
#tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan