Proses undi pos akan dikendalikan untuk semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Aziz Yusof berkata kertas-kertas undi telah diedarkan kepada kedutaan Malaysia di seluruh dunia.

“Kita bahagikan undi pos kepada dua kategori iaitu pengundi tidak hadir dan pengundi pos lain yang berada di luar negara.

“Setakat ini pengundi yang berada di luar negara adalah kira-kira 9,000 orang dimana 2,900 orang adalah pengundi tidak hadir dan 6,298 orang pengundi adalah pengundi pos lain yang berada di luar negara,” katanya.

Klik video untuk maklumat selanjutnya.