Proses revalidasi semula status Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang berakhir hari ini memberi gambaran positif dengan kemungkinan satu lagi 'kad hijau' buat pulau peranginan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata biarpun keputusan hanya akan diketahui selewat-lewatnya Disember nanti, dua pakar Dr Kirstin Lemon dari Ireland dan Sigurdur Sigursveinsson dari Iceland dilihat memberi maklum balas yang baik terhadap konsep geopark yang diterapkan kepada pulau bersama komunitinya.
"Selepas lima hari ini kita nampak satu respons yang positif daripada mereka berdua. Mengikut prosedur kita hanya akan tahu secara rasmi dari pihak UNESCO sekitar April atau Mei tahun depan tetapi ada beberapa langkah juga yang perlu dilalui bulan Disember Inshallah kita akan tahu sama ada kita dapat kad hijau atau kuning.
"Saya kira daripada interaksi kita dengan mereka berdua sepanjang lima hari termasuk sesi 'de-briefing' malam tadi nampaknya positif," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidiladha di Inap Desa Bukit Tangga di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Dr Kirstin Lemon dan Sigurdur Sigursveinsson sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini untuk meneruskan penerbangan ke Amsterdam, Belanda pada sebelah malam.
Langkawi diisytihar sebagai sebuah Geopark oleh Global Geopark Network (GGN) yang bernaung bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Jun 2007.
Status itu bagaimanapun tertakluk kepada penilaian semula yang dilaksanakan setiap empat tahun, sekali gus meletakkannya sebagai Geopark pertama di rantau Asia Tenggara.
Hezri turut berkongsi cadangan yang diberikan oleh dua pakar itu supaya pulau ini menjalinkan kerjasama dengan UNECSO Geopark khususnya di Eropah.
"Ketika ini jaringan Langkawi Geopark lebih kepada UNESCO Geopark di Asia Pasifik mereka berdua mencadangkan supaya kita juga berhubungan dengan Geopark di Eropah kerana dari segi sejarah ada dua jalur berbeza satu pergerakan di Eropah dan satu lagi di Asia Pasifik.
"Nampaknya dalam 12 tahun lepas kita lebih dekat dengan rakan-rakan geopark di rantau Asia Pasifik," katanya.
Pulau pelancongan ini mendapat status UGG ke-52 daripada 147 Geopark dunia dan berjaya mengekalkan status itu untuk dua proses penilaian semula yang telah dijalankan pakar-pakar Geologi pada tahun 2011 dan 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 11 2019
Langkawi diisytihar sebagai sebuah Geopark oleh Global Geopark Network (GGN) yang bernaung bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Jun 2007. - Gambar fail
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
UNESCO Geopark: Langkawi positif diberi kad hijau buat kali ketiga
Dua pakar Dr Kirstin Lemon dari Ireland dan Sigurdur Sigursveinsson dari Iceland dilihat memberi maklum balas yang baik.