awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniKL catat kadar kebolehpasaran graduan lebih 97 peratus - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2022
08:10 MYT
UniKL catat kadar kebolehpasaran graduan lebih 97 peratus - Mahdzir
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, UniKL kini berada dalam kelompok 15 universiti terbaik Malaysia mengikut ranking universiti terbaik dunia. Foto Kementerian Pembangunan Luar Bandar
KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduannya 97.1 peratus pada 2021 dan 96.1 peratus pada 2020 walaupun situasi ekonomi global mencatatkan pertumbuhan negatif dalam tempoh itu.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, UniKL kini berada dalam kelompok 15 universiti terbaik Malaysia mengikut ranking universiti terbaik dunia yang diumumkan oleh Times Higher Education dan QS.
"Kadar kebolehpasaran graduan kesemua 12 kampus UniKL tersenarai di dalam kedudukan 20 tertinggi dalam kalangan universiti dan kolej swasta di dalam laporan kajian pengesanan graduan (tracer study) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
3 buah pusat UniKL bagi teknologi rel, robotik dan satelit pula diiktiraf sebagai TVET Collaboration Hub (TCH) di bawah Majlis TVET Negara manakala UniKL MIIT pula diiktiraf sebagai Premier Digital Tech Institution oleh MDEC”.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-17 & 18, UniKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Ibu Negara hari ini.
Jelas Mahdzir, sebagai pelopor bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional Tinggi (H-TVET) negara, UniKL akan terus mengembangkan program latihan dalam bidang teknologi baharu.
“Kerajaan akan terus membantu perkembangan TVET yang diterajui oleh UniKL termasuk membuka kampus baru di Perlis dan Pahang dalam bidang Logistik Lestari, Kejuruteraan Air, Teknologi Pertanian dan Teknologi Bangunan selain UniKL juga bercadang membuka sebuah kampus satelit di Sabah.”
Terkini, tambah Mahdzir, UniKL sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah kampus baharunya di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan UniKL.
Misi itu mampu melonjakkan lagi peranan UniKL dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara termasuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Sejak penubuhannya pada 2002, UniKL telah melahirkan sejumlah 73,317 graduan.
UniKL berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduannya 97.1 peratus pada 2021 dan 96.1 peratus pada 2020. - Foto Kementerian Pembangunan Luar Bandar
UniKL berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduannya 97.1 peratus pada 2021 dan 96.1 peratus pada 2020. - Foto Kementerian Pembangunan Luar Bandar
UniKL kata Mahdzir, turut berbangga dengan pencapaian 241 graduannya dari tahun 2016 hingga 2021 yang dapat menembusi pasaran kerja di luar negara.
Sementara itu, Majlis Konvokesyen Ke-17 & Ke-18 UniKL membabitkan keseluruhan 10,547 graduan iaitu 5,338 graduan tahun 2020 dan 5,209 graduan tahun 2021.
Ia termasuk 137 pelajar antarabangsa dari 28 buah negara.
Konvokesyen UniKL tahun ini juga mencatat sejarah apabila seramai 70 graduan sulung program Huffaz Profesional menamatkan pengajian akademik dan hafazan Al-Quran.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, selaku Tuanku Canselor UniKL dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat mencemar duli ke majlis berkenaan.
Terdahulu, Mahdzir menerima watikah pemashyuran sebagai Pro Canselor UniKL daripada Al-Sultan Abdullah.
Beliau turut merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku Canselor UniKL atas lantikan itu.
Mahdzir menerima watikah pemashyuran sebagai Pro Canselor UniKL daripada Al-Sultan Abdullah. - Foto Kementerian Luar Bandar
Mahdzir menerima watikah pemashyuran sebagai Pro Canselor UniKL daripada Al-Sultan Abdullah. - Foto Kementerian Luar Bandar
"Sesungguhnya perkenan Tuanku Canselor itu datang bersama tanggungjawab yang besar bagi patik untuk memastikan agar UniKL selaku APEX pendidikan TVET milik penuh MARA ini menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi negara terkemuka dunia satu hari nanti," kata Mahdzir.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#UniKL
#graduan
#kebolehpasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan