awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unimas benarkan pelajar kembali ke kampus jika ada masalah pembelajaran dalam talian

Bernama
Bernama
07/07/2020
21:11 MYT
Unimas benarkan pelajar kembali ke kampus jika ada masalah pembelajaran dalam talian
Unimas membenarkan pelajarnya pulang ke kampus sekiranya mereka menghadapi masalah meneruskan pembelajaran di luar kampus secara dalam talian.- Gambar hiasan
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) membenarkan pelajarnya pulang ke kampus sekiranya mereka menghadapi masalah meneruskan pembelajaran di luar kampus secara dalam talian.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata universiti ini memahami masalah liputan internet terutama di kampung atau rumah panjang di kawasan luar bandar Sarawak.
"Malah kita telah benarkan beberapa orang pelajar untuk kembali ke kampus bila tempat atau kediaman mereka tiada liputan internet," katanya di majlis penyampaian sijil dan bantuan kepada SK St Patrick, Bau sempena Projek Membaca Bersama Ibu di Kampus Unimas di sini, pada Selasa.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga membenarkan Unimas berbuat demikian dan ketika ini juga ada hampir seramai 400 pelajarnya tidak balik ke kampung atau rumah panjang mereka kerana khuatir menghadapi masalah internet bagi meneruskan pembelajaran.
"Sebelum ini sekitar 4,000 pelajar di kampus telah pulang (ke kampung halaman sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan), ada hampir 400 orang pelajar yang tidak mahu balik dan mereka masih di sini (Kampus Unimas)," katanya.
Dr Mohamad Kadim berkata Julai ini Unimas juga akan membenarkan pelajar tahun akhir yang perlu menggunakan kemudahan makmal dan klinikal seperti Fakulti Perubatannya untuk kembali ke kampus universiti itu.
"Bulan Ogos nanti pelajar lain yang memerlukan kemudahan makmal dan klinikal juga akan dibenarkan balik (ke kampus Unimas).
"Ketika ini ada lebih 15,000 pelajar dengan sekitar 2,000 pelajar sarjana, 600 pelajar pra universiti dan selebihnya pelajar sarjana muda," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#fakulti perubatan
#Majlis Keselamatan Negara
#pelajar
#pembelajaran secara dalam talian
#PKPP
#pra universiti
#Unimas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan