PETALING JAYA: Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) semakin meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Dalam Titah Diraja bertajuk "Membentuk Kepimpinan Universiti untuk Pendidikan Tinggi Dalam Abad Ke-21" di Universiti Malaya di sini hari ini, baginda bertitah adalah penting untuk pemimpin-pemimpin universiti untuk menyokong kajian kemanusiaan bagi membolehkan mahasiswa membina kreativiti, kefahaman dan kepekaan yang kukuh ke atas etika dan nilai selain daripada kemahiran insani mereka.
"Izinkan beta pada permulaan ini untuk menzahirkan takziah dan simpati kepada rakyat Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda negara mereka awal minggu ini. Di dalam penderitaan dan kesedihan ini, anda semua berada dalam ingatan dan doa kami," titah Sultan Nazrin.
Bagaimanapun, baginda bertitah tidak dinafikan kajian kemanusiaan perlu dilakukan serentak dengan menyiapkan penuntut untuk cabaran moden dan memastikan mereka berdaya saing dalam bidang teknologi dan digital.
"Apa yang perlu kita sedar ialah kemahiran teras yang dipupuk oleh kemanusiaan -- komunikasi, membuat keputusan, kebolehan untuk mensintesiskan maklumat dalam jumlah yang besar -- mempunyai nilai yang amat besar dalam konteks dunia nyata.
Maksudnya, kita perlu memastikan penuntut hari ini memiliki kedua-dua kemahiran untuk mengambil tindakan yang praktikal dan kebijaksanaan untuk menghalakan tindakan itu kepada pengakhiran yang produktif dan berfaedah," titah baginda.
Sultan Nazrin yang juga Canselor Universiti Malaya bertitah adalah penting untuk membina kemahiran diperlukan dengan mengambil subjek kemanusiaan kerana ia merupakan ciri yang dicari syarikat dalam merekrut siswazah hari ini.
"Apa yang mereka mahukan daripada penuntut yang direkrut adalah apa yang kita panggil kemahiran insaniah, minda yang terbuka dan ingin tahu, petah berkata-kata, penulisan yang baik dan pertimbangan yang jelas, keupayaan untuk berfikir secara kendiri, mengimbangi pandangan yang berbeza untuk membuat satu keputusan dan kemudian melaksanakannya," titah baginda.
Oleh yang demikian, baginda bertitah pemimpin universiti perlu memainkan peranan mereka bagi memastikan penuntut mendapat latihan dan bimbingan yang cukup untuk menyesuaikan diri dengan masa depan yang berubah dengan pantas, sambil menambah ia merupakan sesuatu yang sukar dan tidak pernah berlaku dahulu.
"Di abad ke-19 (ketika Revolusi Perindustrian pertama), pemikir hebat melihat kepada universiti untuk membentuk dan membimbing kemajuan di era itu ke arah yang betul, ke arah masa depan yang lebih cerah. Di sini dan pada masa sekarang dalam abad ke-21, beta percaya dunia mesti melihat kepada anda untuk melakukan perkara yang sama!," titah baginda.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah universiti tidak seharusnya beroperasi semata-mata sebagai suatu entiti perniagaan tetapi mesti bertindak selaku peneraju pemikiran, pembela dan penemu ilmu pengetahuan.
Baginda juga percaya bahawa universiti mempunyai tanggungjawab sivik untuk mengumpulkan bakat dan sumber bagi kebaikan masyarakat.
"Kita melihat perkara ini apabila vaksin COVID-19 Astra-Zeneca dibangunkan dengan pantas oleh saintis Universiti Oxford dan universiti itu bertegas berbilion dos patut diagihkan pada harga kos kepada lebih 150 negara dalam kalangan negara membangun," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah pada program 'Shaping University Leadership for the 21st Century High Education' di Universiti Malaya hari ini. - Foto BERNAMA

Agenda AWANI: Mencari Hilal Ramadan
Temu bual bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan ketika Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H. #AWANInews #AgendaAWANI #InspirasiRamadan #BukalahHati

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

181 lagi terima anugerah Darjah Kebesaran Perak hari ini
Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Tadbir urus yang pincang akan melemahkan takhta - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah, takhta wajib memperlihatkan sebaik contoh dalam memenuhi amanah Ilahi, dan dalam memenuhi harapan rakyat.

KSN dahului senarai 22 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Perak hari ini
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mendahului senarai 22 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Rakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulang kesilapan - Sultan Nazrin
Generasi muda merupakan mangsa yang telah digelapkan masa hadapan mereka kerana perbuatan pemimpin yang rasuah, titah Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup tilawah al-Quran Perak
Mohd Kamaruzaman Daud muncul johan qari manakala Nurul Syafiqah Nardi johan qariah, masing-masing meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Sultan Nazrin berkenan sampaikan anugerah cemerlang UM
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada staf dan badan korporat universiti berkenaan pada majlis Anugerah Cemerlang UM 2022.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin titah pemimpin Perak laksana tanggungjawab dengan jujur, adil dan saksama
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan pemimpin kerajaan negeri yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan Perlembagaan.

Tolak budaya 'Yang menang, menang semua', agih peruntukan secara saksama - Sultan Perak
Baginda, kesemua ADUN yang menang perlu bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama.

Laluan ke Bangunan SUK Perak ditutup, dilencong sempena sidang DUN
Pihak trafik mencadangkan orang ramai menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang persidangan itu berlangsung.