awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung besar, mustahil Petronas tidak mampu bayar - Talib Zulpilip

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2020
11:42 MYT
Untung besar, mustahil Petronas tidak mampu bayar - Talib Zulpilip
Datuk Talib Zulpilip menganggap tindakan Petronas enggan bayar cukai SST kepada Sarawak sebagai mencemar imej syarikat itu - Foto:Facebook / Talib Zulpilip
Tindakan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak mematuhi syarat ditetapkan kerajaan negeri Sarawak untuk membayar Cukai Jualan Negeri (SST) lima peratus secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada syarikat gergasi petroleum negara itu.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata, dengan keuntungan besar yang dicatat setiap tahun adalah mustahil Petronas tidak mampu membayar cukai berkenaan.
BACA: Petronas catat keuntungan bersih RM40.5 bilion, hasil RM240.3 bilion bagi Tahun Kewangan 2019
"Petronas harus atau wajib mematuhi undang-undang di mana saja mereka beroperasi.
"Mereka (Petronas) beroperasi bukan sahaja di Sarawak, bahkan hampir 30 buah negara di seluruh dunia," kata Talib.
Tambahnya lagi tidak seperti Petronas, syarikat petroleum asing lain patuh kepada undang-undang berkenaan.
"Syarikat-syarikat asing mematuhi undang-undang tersebut.
"Mereka sudah bayar mengapa pula syarikat negara kita sendiri syarikat kepunyaan negara tidak patuh?" persoal Talib dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI di pejabatnya di Kuching.
Tahun lepas, kerajaan Sarawak telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching susulan keengganannya membayar SST produk petroleum berjumlah RM1.3 billion sejak ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019.
BACA: Sarawak saman Petronas
Petronas melalui peguamnya, Datuk Malik Imtiaz Sarwar bagaimanapun meminta penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Permohonan Petronas itu bagaimanapun ditolak Mahkamah Tinggi Kuching.
BACA: Mahkamah Tinggi Kuching tolak permohonan Petronas ketepikan hakim
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#cukai
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#petroleum
#Petronas
#saman
#Sarawak
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan