awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSR bocor: Muhyiddin minta maaf kepada murid, ibu bapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/09/2014
12:40 MYT
UPSR bocor: Muhyiddin minta maaf kepada murid, ibu bapa
Muhyiddin berharap penangguhan peperiksaan bagi kertas tersebut tidak mengganggu tumpuan para calon.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta ibu bapa berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor dan penangguhannya kepada 30 September ini.
“Saya minta maaf kepada semua ibu bapa dan pelajar dan saya dimaklumkan oleh Ketua Pengarah untuk tangguh kertas itu dan tetapkan tarikh baru iaitu 30 September.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berharap penangguhan peperiksaan bagi kertas tersebut tidak mengganggu tumpuan para calon.
Sehubungan itu juga, beliau berharap agar perkara ini akan disiasat secara rapi dan berharap agar ia tidak berulang.
“Lembaga Peperiksaan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi,” tambahnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan nama calon BN bagi DUN Pengkalan Kubor di sini petang tadi.
Kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi UPSR 2014 yang dijadual esok ditangguhkan kerana didapati bocor.
Tarikh baharu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas berkenaan ialah pada 30 September ini.
Lembaga Peperiksaan, dalam satu kenyataan sebentar tadi, menyatakan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan sudah tersebar menerusi media social.
Topic Berkaitan
#bocor
#integriti
#Lembaga Peperiksaan
#Muhyiddin Yassin
#pendidikan
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan