KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021, sementara Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 pula dibatalkan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas berkata. tiada peperiksaan ganti bagi ujian murid Tahun 6 itu.
Sebaliknya jelas Radzi, fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) dan sebagainya.
Selari dengan pemansuhan UPSR, Radzi berkata Pertaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga dimansuhkan.
"Kita telah adakan libat urus bersama guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan berkaitan. Sesi libat urus ini melibatkan lebih 1,700 peserta.
"Pagi tadi saya telah membentang kertas Memorandum Jemaah Menteri berkaitan UPSR dan di sini kita umumkan satu keputusan. Mulai 2021, UPSR dimansuhkan sepenuhnya.
"UPSR sebagai satu komponen untuk ke SBP. Namun begitu, apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid Tahun Enam (2020) mengambil keputusan untuk menduduki PKSK," katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai keputusan pemansuhan UPSR, Radzi berkata, antara maklum balas yang diterima adalah guru terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada subjek UPSR sehingga mengekang kreativiti dalam pengajaran.
Selain itu, katanya, murid berdepan dengan tekanan untuk membuat persediaan khususnya bagi mendapatkan skor 6A.
"Antara yang dikongsi ibu bapa pula, bagaimana tumpuan pada peperiksaan ini memberi ruang terhad dalam aspek lain pendidikan.
"Ada ibu bapa cerita, mereka turut tertekan untuk sediakan anak-anak mereka bagi menduduki UPSR," ujarnya.
Mengenai PT3 pula, Radzi berkata pembatalan peperiksaan itu dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan, khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.
"Jika kita lihat, keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh. Dan kita mengambil kira keadaan semasa bahawa, tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan," katanya.
Tahun lalu, KPM mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.
VIDEO: Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan
Hasimi Muhamad
Wed Apr 28 2021

Fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. - Gambar hiasan

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Konflik Myanmar | Genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar
1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar. Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan. Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan. Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum? Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir? Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.

Letupan Bom | Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan di Masjid Peshawar
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Peshawar di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin. Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.

10 Berita Pilihan - (01 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

2,000 pemegang taruh beri pandangan mengenai pemansuhan UPSR - Radzi
Keputusan untuk memansuhkan UPSR telah dijalankan sejak 2010 melalui pelbagai sesi libat urus.

UPSR mansuh sepenuhnya, PT3 dibatalkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021.

PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.