PUTRAJAYA: Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia, demikian menurut laporan Menelusuri Statistik Sosial Malaysia (MSSM) Edisi 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, mengalami proses perbandaran yang pesat dalam tempoh tiga dekad lepas.
"Penduduk bandar di Malaysia hanya 28.4 peratus pada tahun 1970, meningkat kepada 50.7 peratus pada tahun 1991 dan mencecah 75.1 peratus pada tahun 2020," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Laporan MSSM merupakan edisi kedua diterbitkan oleh DOSM yang memaparkan senario sosial negara seawal tahun 1970 hingga 2023.
Penerbitan kali ini memfokuskan 11 topik iaitu penduduk dan demografi; indeks harga pengguna; guna tenaga; kesihatan; pengangkutan; pendapatan dan perbelanjaan isi rumah; internet dan media sosial; alam sekitar; pelancongan; Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI).
Beliau berkata, dari segi kependudukan, pada tahun 1970 penduduk Malaysia ialah 10.4 juta, meningkat kepada 27.5 juta pada tahun 2010, dan pada 2020 bilangan penduduk direkodkan adalah 32.4 juta iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding 1970.
"Bagaimanapun, pertumbuhan penduduk pada tahun 2020 adalah lebih perlahan dengan kadar pertumbuhan purata tahunan 1.7 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun 1970," katanya.
Transisi demografi Malaysia dipengaruhi oleh empat faktor yang memberikan kesan kepada pertumbuhan penduduk serta perubahan populasi di Malaysia sejak tahun 1970 hingga 2040 iaitu kadar kesuburan, kadar kematian (jangka hayat), struktur umur (agihan antara umur muda dan tua) dan migrasi.
Mohd Uzir berkata, jangka hayat bagi seorang bayi yang lahir pada tahun 1970 secara purata dijangka hidup sehingga 63.6 tahun dan meningkat kepada 74.8 tahun bagi bayi yang baru lahir pada 2023.
Bagi perbandingan antara jantina, secara puratanya bayi perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding bayi lelaki dengan peningkatan jangka hayat 11.8 tahun berbanding lelaki 10.9 tahun bagi tempoh tahun 1970 sehingga 2023.
"Ini bermakna seorang bayi perempuan yang baru lahir pada tahun 2023 secara purata dijangka boleh hidup sehingga 77.4 tahun, manakala bayi lelaki dijangka boleh hidup sehingga 72.5 tahun," katanya.
Melihat kepada guna tenaga pula, bilangan tenaga buruh di Malaysia merekodkan peningkatan purata 2.7 peratus setahun daripada 12.3 juta orang pada tahun 2010 kepada 16.0 juta orang pada tahun 2022.
Mohd Uzir berkata, peratus penduduk bekerja pada tahun 2010 ialah 61.6 peratus dan meningkat kepada 65.3 peratus pada tahun 2020, 2021 (65.4 peratus) dan 2022 (66.5 peratus).
Dalam bidang kesihatan pula, bilangan hospital kerajaan menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2010 hingga 2022, iaitu dari 131 kepada 160 hospital, manakala bilangan hospital swasta meningkat sedikit kepada 257 berbanding 254 hospital pada tahun 2010.
Nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia bertambah baik dalam tempoh tahun 2010 sehingga 2022 daripada 1:859 pada tahun 2010 kepada 1:412 pada tahun 2022. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman data IHP AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7455/7500 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Urbanisasi meningkat 75.1 peratus pada 2020 - DOSM
Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia.
Inflasi keseluruhan dijangka pada purata dua dan 3.5 peratus - Bank Negara
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada tahun ini, berpurata antara dua peratus dan 3.5 peratus.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6790/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6830 pada akhir urus niaga semalam.
Kadar inflasi kekal 1.5 peratus, mata indeks meningkat kepada 131.4
Mohd Uzir berkata, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 1.5 peratus.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7745/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7710/7800 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7995/8050 berbanding dolar AS daripada 4.7975/8000 semasa ditutup pada Selasa.