awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urus anak OKU lumpuh, ibu tunggal harap bantuan kerusi roda

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/01/2020
10:23 MYT
Urus anak OKU lumpuh, ibu tunggal harap bantuan kerusi roda
Sharifah mengalami cabaran menguruskan anaknya yang tidak berdaya. - Astro AWANI
Umur 27 tahun, namun berat badan hanya 20 kilogram.
Itulah nasib yang menimpa seorang lelaki yang diserang penyakit demam panas ketika usianya sebulan.
Akibat penyakit itu juga, Mohamad Saifulhafizal Mohd Yaki yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, Gua Musang, Kelantan tidak boleh bercakap dan badannya lumpuh.
Kecacatan itu menyebabkan dia hanya hidup terlantar apabila segala keperluan termasuk makan dan minum dijaga sepenuh masa oleh ibunya.
Menurut ibunya, Sharifah Che Mat, 53 tahun, dia terpaksa mendukung Mohamad Saifulhafizal setiap kali ke bilik air.
Katanya, dia tidak mampu membeli kerusi roda khas untuk anaknya bagi tujuan ke bilik air.
“Orang lain takut nak angkat. Kakak dia yang datang pun jarang sekali dan takut nak angkat. Takut patah. Saya dah biasa. Kadang-kadang terlepas juga kat bilik air tu masa mandikan dia.
“Dia pun tak boleh bercakap. Kita tanya, kalau dia nak makan, dia suka dia makanlah. Kalau senyap tu (maksudnya) tak naklah,” ujar Sharifah.
Kata Sharifah lagi, suaminya meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan sejak itu dia dan lima anak hanya bergantung kepada duit sara hidup sebagai peneroka Kesedar sebanyak RM1,000 sebulan.
Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kerusi roda khas itu boleh menghubungi Sharifah Che Mat di talian 013-946 9001.
Topic Berkaitan
#anak OKU
#Demam panas
#kerusi roda
#Mohamad Saifulhafizal Mohd Yaki
#sharifah che mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan