Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, diyakini mampu memimpin kementerian itu dan membawa lebih banyak kecemerlangan dalam sektor kesihatan awam negara.
Dalam masa yang sama, Pengarah Hospital Pakar Al Islam, Dr Ishak Mas'ud, mengharapkan empat keutamaan ditumpukan oleh Dr Zaliha iaitu tambah baik fasiliti kesihatan luar bandar, tangani isu budaya kerja sektor kesihatan, tingkat usaha mendepani penyakit tidak berjangkit, dan memperkukuh tadbir urus yang baik.
DIARI 100 HARI KERAJAAN PERPADUAN
"Kita banyak juga fasiliti hospital (luar bandar) yang tidak ada pakar yang bekerja sepenuh masa di hospital-hospital daerah dan seterusnya. Jadi, pada pandangan saya sendiri dan rakan-rakan yang lain bahawa kita perlu ada strategi khusus untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada mereka.
"Maknanya, mereka mesti ada pakar yang tidak semestinya senior seperti di hospital-hospital yang besar. Tapi mereka ada kepakaran asas misalannya perubatan, pembedahan, kanak-kanak, ortopedik, radiologis atau anesthesia," katanya ketika temu bual program Pantau Kerajaan Baharu terbitan Astro AWANI.
Ishak juga menyentuh berkenaan kebajikan pegawai perubatan siswazah yang antaranya melibatkan kes kematian seorang Pegawai Perubatan Siswazah Mei lalu.
"Mesti ada satu lonjakan paradigman dalam sistem itu sendiri. Ini adalah prioriti supaya mereka yang menjadi Pegawai Perubatan Siswazah itu nanti masuk dalam satu persekitaran yang baik. Dan (pegawai perubatan senior) melihat mereka yang masuk itu sebagai baru belajar dan kita mendidik mereka.
"Dan kalau kita dapat laksanakan dengan sebaik mungkin. Maka saya yakin bahawa perkara ini tidak akan berlaku. Kerana tidak semuanya akan tahan dengan tekanan yang teruk daripada ketua-ketua sama ada pegawai atau pakar perubatan yang tidak memahami ini," ujarnya
Beliau juga berharap Menteri Kesihatan akan memberikan tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit yang semakin membarah.
"Demi menjayakan hal tersebut, pihak hospital dan klinik swasta mesti digembleng tenaga untuk turut menyumbang. Tidak boleh ada pemisahan antara institusi kesihatan awam dan swasta dalam hal ini," katanya.
Irfan Faruqi
Wed Dec 07 2022
Kementerian Kesihatan perlu bersiap-siaga menghadapi cabaran kesihatan masa depan - Foto fail/ Astro AWANI
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.