Polis meminta kerjasama masyarakat agar tidak menghebohkan kisah seorang kanak-kanak yang dikatakan hampir diculik ketika sedang bermain di Taman Angsana, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Pemangku Superitendan Jamalani Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu ketika dihubungi oleh Astro AWANI petang tadi.
Katanya, pihaknya telah melakukan siasatan namun tidak menemui sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan laporan itu dengan kes penculikan.
Malah, beliau berkata bahawa siasatan lanjut oleh anggotanya yang diarahkan ke tempat kejadian untuk menyiasat laporan itu mendapati bahawa tiada sebarang penemuan suspek atau sebarang kemungkinan untuk kes tersebut berlaku.
"Kita andaikan beberapa perkara dalam perkara ini namun kita harap masyarakat tidak mudah percaya dengan dakwaan mengatakan terdapat van dari negara Thailand yang mahu menculik kanak-kanak di sini, hanya kerana plat kereta tersebut adalah dari Thailand semata-mata.
"Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain di situ dan dikatakan ternampak beberapa lelaki datang ke arahnya. Mungkin kerana perasaan takut, dia kata lelaki itu mahu menculiknya.
"Umur kanak-kanak itu sembilan tahun, mungkin dia berasa takut apabila lihat orang luar datang ke kawasan permainannya dan itu adalah prasangka," katanya lagi.
Jamalani berkata apabila kanak-kanak itu mengadu perkara itu kepada ibunya, wanita tersebut merasakan kemungkinan anaknya cuba diculik disebabkan nombor pendaftaran kenderaan itu dari Thailand.
"Bila ada saja van dari Thailand, penduduk di sini cenderung untuk mengaitkannya dengan kes penculikan walaupun tiada sebarang bukti.
"Siasatan berhubung kes ini telah dibuat dan buat masa ini kita terus melakukan pemantauan. Tiada suspek mahupun petunjuk dijumpai dalam siasatan kes ini.
"Saya harap penduduk tidak menghebohkan berita sebegini yang kita tidak pasti kesahihannya. Bila tersebar sebegini, ia menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat," ujarnya lagi.
Difahamkan, baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki menyorok di dalam longkang kerana bimbang diculik beberapa lelaki ketika sedang bermain di sebuah taman permainan di sini.
Menurut sumber, kanak-kanak itu kemudiannya pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan dan menangis sebelum menceritakan apa berlaku kepada ibunya.
Bimbang dengan keselamatan anaknya, ibunya kemudian membuat laporan polis mengatakan anaknya mungkin cuba diculik oleh lelaki yang dari van yang dipercayai datang dari negara jiran itu.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Sep 15 2016
Polis Gerik telah melakukan siasatan namun tidak menjumpai sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan laporan itu dengan kes penculikan. - Gambar hiasan
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak di Rawang dipercayai terlalu rindu anak
Lelaki warga Nepal yang cuba menculik seorang kanak-kanak di Rawang pada Selasa dipercayai berbuat demikian kerana terlalu merindui anaknya.
Ibu bapa Albertine Leo tidak kenal mana-mana suspek culik
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Culik Albertine Leo: Suspek kelima direman tujuh hari
Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria di Iskandar Puteri pada Sabtu, direman tujuh hari.
Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.
AS kenakan sekatan ke atas pegawai Rusia culik kanak-kanak Ukraine
Kerajaan AS telah mengenakan sekatan ke atas pegawai Rusia termasuk visa mereka kerana terlibat dalam penculikan kanak-kanak Ukraine.
Dilihat berlegar-legar: 'Van putih tular milik polis, bukan penculik'
Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di Raub.
Culik kanak-kanak: Jangan guna fakta tidak benar - Polis Terengganu
Polis Terengganu mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan isu keselamatan tanpa fakta sebenar, berhubung dakwaan berlaku kes penculikan dan cubaan menculik kanak-kanak sekolah.
Kes culik kanak-kanak di Kelantan makin menjadi-jadi? Ini penjelasan polis
Polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya netizen supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.
Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan
Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini.