ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu usaha membangunkan Terowong Komunis di Weng, Baling sebagai antara produk pelancongan di negeri itu mengalami kekangan berikutan terdapat beberapa isu seperti keselamatan, kos dan pengurusan yang perlu dikaji semula.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata sehubungan itu, satu jawatankuasa penilaian dan pembangunan perlu ditubuhkan bagi meneliti beberapa aspek sebelum ia dibangunkan.
Beliau berkata perancangan yang teliti perlu dilakukan disebabkan faktor keselamatan dan kos pembangunan serta pemuliharaannya yang tinggi.
"Ia perlu bagi melihat sejauh mana ia akan memberikan impak kepada pembangunan kawasan sekitar," katanya menjawab soalan Abd Nasir Idris (Pas-Bayu) pada persidangan itu di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Abd Nasir ingin tahu mengenai usaha kerajaan untuk memulihkan dan membangunkan Terowong Komunis agar menjadi antara produk pelancongan utama di Baling.
Mohd Firdaus berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan untuk membangunkan terowong itu sebagai antara produk pelancongan.
"Kerajaan negeri menyokong penuh jika pemuliharaan dan pembangunan kawasan bersejarah ini dibangunkan sebagai produk pelancongan sejarah.
"Ini akan dapat menambah variasi produk selain Eko Pelancongan dan pelbagai aktiviti dapat dirancang memandangkan kawasan ini terkenal dengan aktiviti lasak 4x4 serta keindahan alam flora dan faunanya," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Terowong Komunis terletak di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan di kawasan Kompartmen 29 Hutan Simpan Ulu Muda.
Beliau berkata kawasan itu masih dalam pemantauan Angkatan Tentera Malaysia kerana faktor keselamatan dengan kedudukannya berada di sempadan Malaysia-Thailand.
"Jarak terowong ini dengan sempadan Thailand hanya dua kilometer. Terowong ini adalah terowong paling aktif digunakan pada 1948 sehingga 1968 kerana faktor dan laluannya yang strategik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Mohd Firdaus berkata satu jawatankuasa penilaian dan pembangunan perlu ditubuhkan bagi meneliti beberapa aspek sebelum ia dibangunkan.- Fail Astro AWANI
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Usaha bangunkan Terowong Komunis sebagai produk pelancongan alami kekangan
DUN Kedah diberitahu usaha membangunkan Terowong Komunis di Weng, Baling sebagai antara produk pelancongan di negeri itu mengalami kekangan.