KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menafikan bahawa usaha untuk menganggu-gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin beliau sememangnya wujud.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, beliau yakin kerajaannya akan kukuh dan kekal memerintah sehingga habis penggal lima tahun.
"Untuk kita mantap sebagai satu kerajaan untuk lima tahun akan datang, kita perlu kerjasama padu, supaya kita tumpu pada pembangunan dan pulih kerosakan yang berlaku.
"Saya ucap terima kasih sekali lagi kepada saudara (kepimpinan dalam Pakatan Harapan [PH], Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah).
"Saya percaya, usaha-usaha untuk menggugat (kerajaan), sedikit sebanyak itu ada. Tetapi saya yakin, InsyaAllah Kerajaan Perpaduan akan kukuh dan kekal untuk lima tahun.
"Ini adalah tanggungjawab bersama. Perkuatkan semangat perjuangan. Gilap obor reformasi dan jentera parti harus bergerak supaya Agenda Madani diterjemahkan secara serius dan bermakna," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kongres Nasional Khas 2023 bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma di Stadium Malawati, di sini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, usaha menstabilkan Kerajaan Perpaduan dapat dilakukan dengan mengukuhkan kerjasama antara parti gabungan dalam kerajaan.
Pada masa sama, katanya, sepanjang lebih empat bulan kerajaan persekutuan dibentuk, tiada mana-mana pemimpin daripada parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang menyatakan bantahan terhadap kepimpinannya.
"Memang ada orang kritik. Tetapi saya nak sebut di sini, tanpa ragu, dan rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri pun ada, belum ada sekali (yang membantah) termasuk soal kebebasan kehakiman, soal tender yang telus, atau projek-projek yang membantu rakyat atau menghalang sama sekali pemimpin memunggah kekayaan.
"Belum pernah sekali sepanjang lebih empat bulan kita berkuasa, di mana ada gangguan atau bantahan daripada mana-mana pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.
Kerajaan Perpaduan ketika ini dianggotai oleh PH, BN, GPS, GRS, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan (Warisan), serta beberapa Ahli Parlimen Bebas.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 18 2023

Anwar menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. --fotoBERNAMA

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Malaysia beri keutamaan kepada China kerana 'ekonomi raksasa' - PM Anwar
Malaysia dan China juga mempunyai hubungan dagangan yang baik dan memiliki hala tuju yang tidak menimbulkan sebarang masalah.

Lawatan rasmi: PM Anwar tiba di Beijing
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing, bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari beliau ke China.

Persaingan teknologi perlu jadi agenda utama perbincangan peringkat tertinggi - PM Anwar
Persaingan teknologi seharusnya menjadi antara agenda utama untuk perbincangan di peringkat tertinggi, setanding dengan wacana mengenai hal-hal keselamatan dan ekonomi am, kata Perdana Menteri Datuk S

BOAO 2023: Persaingan jangan sampai bawa perpecahan - Anwar
Anwar berkata, Asia perlu mewujudkan penghadang tertentu supaya persaingan tidak membawa kepada perpecahan, yang hanya akan meningkatkan kos dan menghalang kemajuan.

Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - PM Anwar
Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

Anwar tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam lawatan ini.

Kerajaan tegas soal pemberian kontrak, projek selaras prinsip tadbir urus baik - Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan tegas dalam soal pemberian kontrak atau projek kepada mana-mana pihak selaras dengan prinsip tata kelola baik diterapkan dalam pentadbiran.