SHAH ALAM: Usaha pencarian seorang lelaki yang dikatakan menghidap skizofrenia (kecelaruan mental), Wan Mohd Hadi Wan Ismail, 41, dilaporkan hilang di Sungai Kandis, Shah Alam sejak 26 Januari lalu masih menemui jalan buntu.
Biarpun lebih tujuh bulan berlalu sejak kehilangannya, harapan keluarga serta usaha menjejaki Hadi tidak pernah pudar.
Hari ini usaha tersebut sekali lagi dilancarkan membabitkan pelbagai pihak termasuk pasukan polis dan bomba membabitkan 48 anggota serta penduduk kampung di sekitar kawasan yang dikatakan kali terakhir Hadi berada.
Pasukan mencari tersebut turut menggunakan perkhidmatan anjing pengesan K9 di sekitar kawasan kampung berkenaan dalam radius 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.
Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan lelaki berkenaan.
Walaupun hampa, keluarga Hadi bagaimanapun reda dan tidak akan berputus asa untuk terus berusaha menjalankan pencarian di segenap lokasi dengan harapan lelaki berkenaan akhirnya akan ditemui satu hari nanti.
“Hari ini kita berharap dapat sesuatu yang boleh beritahu kita apa yang sedang berlaku. Kalau kata hari ini berhasi, sekurang-kurangnya perasaan kita lebih tenang.
“Kita perlu dapat pengesahan sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal,” kata ayah kepada Hadi, Wan Ismail Wan Abdullah.
Bagaimanapun, pasukan mencari ketika ditemui memberitahu bahawa usaha pencarian Hadi akan dihentikan buat sementara waktu melainkan ada petunjuk baharu yang meyakinkan.
Kisah kehilangan Wan Mohd Hadi Wan Ismail pernah disiarkan oleh Astro AWANI menerusi hasil siri laporan khas oleh Fareez Azman.
BACA: Mana perginya Wan Mohd Hadi? Lelaki menghidap skizofrenia hilang
Wan Mohd Hadi menghidap skizofrenia sejak belasan tahun lagi, hidupnya bagaimanapun normal seperti biasa di bawah pengawasan keluarganya.
Kali terakhir dia dilihat memakai baju lengan panjang berwarna putih dan seluar hitam, serta menggalas beg berwarna merah.
Jelas Wan Ismail, sudah banyak ikhtiar dilakukan dan usaha pencarian sekitar kawasan Shah Alam dengan bantuan orang ramai dan netizen di laman sosial.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Aug 13 2022
Pasukan mencari memberi penerangan kepada keluarga Hadi selepas operasi mencarinya hari ini sebelum memutuskan untuk menghentikan usaha tersebut sehingga ada petunjuk baharu. - Astro AWANI
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Tiga berita pemergian, tiga PRK menyusul
Pemergian ADUN Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia, selain memberi kesan emosi pada keluarga dan rakan terdekat, menguji landskap politik tempatan.
'Jangan harap sokongan Pas, UMNO perlu berdiri sendiri' - Khairy
UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan Pas untuk terus diterima masyarakat.
Kesan dakwat PRU14 tak jejas hak pengundi DUN Sungai Kandis - SPR
Pengundi di DUN Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat PRU14 di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada PRK kawasan berkenaan.
Di sebalik Apam Balik Istana: Tinggal kerja 'despatch' demi raih keuntungan 4 angka
Norzaidi atau lebih dikenali penduduk Jalan Kebun, Shah Alam sebagai Bob membuat keputusan nekad berhenti kerja pada usia 23 tahun.
Bolehkah BN menang PRK Sungai Kandis?
Khaidirah Abu Zahar berkata meskipun menyedari BN merupakan calon 'underdog' pada PRK kali ini namun jelasnya BN tidak mudah menyerah kalah.
Proses penamaan calon PRK Sungai Kandis bermula 9 pagi
Tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon dijadual selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan nama calon yang sah bertanding.
Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi
Menurut Azmin, segala kerja keras yang diusahakan Shuhaimi banyak membantu PKR dalam memenangi Pilihan Raya Umum lalu.