KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.
Sambutan bertemakan 'Keterangkuman dan Kepelbagaian Untuk Setiap Kanak-Kanak' itu dianjur antaranya untuk memberi penghormatan serta pengiktirafan kepada kanak-kanak dengan meraikan hak mereka selaras Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.
Dr Wan Azizah dalam ucapan beliau berkata Hari Kanak-Kanak seharusnya menjadi satu titik tolak yang berkesan untuk memperaku, mempromosi dan meraikan hak golongan itu.
Beliau berkata ia perlu diterjemah dalam bentuk tindakan dan perbahasan berkesan sehingga menjadi paksi untuk kehidupan kanak-kanak yang lebih sejahtera.
"Usaha untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak perlu digembleng oleh semua pihak bermula daripada unit keluarga, komuniti dan negara. Kanak-Kanak perlu sentiasa dilindungi," katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut menyeru agensi kerajaan agar menjalin kerjasama erat melalui perkongsian sumber serta data bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan terutama yang berkaitan dengan kepentingan kanak-kanak.
"Saya juga percaya bahawa adalah penting komunikasi yang berkesan menjadi amalan kerana kebanyakan isu berkaitan kanak-kanak merentas kementerian dan jabatan. Kerjasama strategik ini juga boleh diperluaskan lagi dengan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta, komuniti dan sebagainya," kata beliau.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 kali ini turut menyaksikan penglibatan secara langsung kanak-kanak antaranya sebagai pengacara majlis dan pembaca doa.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) kementerian itu Chua Choon Hwa serta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Shaharuddin Abu Sohot.
JKM juga telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di seluruh negara sempena sambutan itu bermula 7 Jun lepas.
Antaranya Pertandingan Khalifah Junior yang bertujuan mencungkil bakat dan menerapkan budaya kreatif kanak-kanak dalam aktiviti berteraskan nilai agama serta Pertandingan Kemahiran Junior Skills Challenge untuk memberi pendedahan awal kepada bidang kemahiran dan memupuk minat dalam kalangan kanak-kanak di institusi kanak-kanak terhadap latihan kemahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Dr Wan Azizah dalam ucapan beliau berkata Hari Kanak-Kanak seharusnya menjadi satu titik tolak yang berkesan untuk memperaku, mempromosi dan meraikan hak golongan itu. - Gambar fail

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

Kebakaran Hutan | Korban cecah 30 orang
Angka korban ekoran kebakaran hutan di Chile kini mencecah hampir 30 orang. Keadaan yang bertambah buruk memaksa negara itu meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal puluhan siri kebakaran yang memusnahkan hampir 40,000 hektar kawasan hutan. Menteri Dalam Negeri Carolina Toha berkata mereka meminta sokongan diminta dari negara jiran seperti Brazil, Argentina, dan Uruguay.

AWANI Ringkas: Infrastruktur khas salur air mentah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selisih faham cetus pertengkaran, majikan maut dipukul tukang masak
Mangsa lelaki warga emas berusia 68 tahun itu rebah selepas ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu oleh suspek yang berusia 55 tahun.

Belon dikategorikan 'known conventional weapon', ancaman keselamatan
Ia merujuk kepada apa sahaja yang nampak seperti biasa tetapi boleh menjadi teknologi ketenteraan.

Pulang Langkawi | Saya tidak merajuk tetapi kecewa- Tun Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa keputusan untuk tidak pulang ke Langkawi selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen berkenaan bukanlah disebabkan dirinya merajuk. Sebaliknya, menurut beliau, ia disebabkan rasa kecewa terhadap pengundi-pengundi kerana menolaknya yang bertanding atas tiket parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk diangkat sebagai ahli Parlimen Langkawi.

Malaysia yakin raih pertumbuhan positif, elak kemelesetan tahun ini - Tengku Zafrul
"BNM, IMF dan Bank Dunia telah mengunjurkan Malaysia untuk terus meraih pertumbuhan ekonomi positif dalam julat tiga hingga lima peratus."

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah kunjungi Masjid Istiqlal di Jakarta
Isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, hari ini.

Wan Azizah ziarah keluarga tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa melawat keluarga tiga beradik perempuan yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir.

Wan Azizah dicadang fokus sebagai ahli Parlimen, 'first lady'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicadang untuk memfokuskan kepada apa yang diberikan padanya waktu ini iaitu sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan 'first lady'.

Usaha pertingkat kesejahteraan kanak-kanak perlu digembleng semua pihak - Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jenazah ibu Dr Wan Azizah selamat dikebumikan
Jenazah ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, kira-kira 11.15 pagi ini.

Ibu Wan Azizah meninggal dunia, Anwar batal jelajah ke Sarawak
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di media sosial beliau.

Anwar, Azizah terima vaksin dos penggalak
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada petugas perubatan diketuai Datuk Dr Murugesu Raju atas khidmat dan nasihat diberikan kepadanya.

RM314 juta dibelanjakan untuk PICK setakat 30 Ogos - Adham Baba
Perbelanjaan tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan bagi program imunisasi negara.