KUALA LUMPUR: Usaha rangsangan ekonomi yang telah diperkenalkan serta penting untuk mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewujudkan pekerjaan baharu serta menarik lebih banyak pelaburan langsung asing akan terus giat dilaksanakan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menganggotai barisan Jemaah Menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Dalam kenyataan, Mohamed Azmin berkata, ketika negara berusaha ke arah pemulihan, kerajaan harus memastikan rakyat memiliki sumber yang diperlukan untuk mencapai darjat ekonomi selain menyertai secara aktif dan memperoleh semula manfaat daripada pertumbuhan rancak negara.
"Justeru, dasar sosioekonomi kita perlu berani dari segi perancangan dan penyampaian untuk menjana kekayaan kepada rakyat, supaya kemakmuran itu diagihkan secara adil," katanya.
Beliau berkata, susulan kadar vaksinasi COVID-19 Malaysia yang terus menjadi antara yang terpantas di dunia dan jumlah kes kemasukan ke hospital telah menurun maka, usaha tanpa jemu, dedikasi, kerja keras serta daya tahan yang tinggi seluruh petugas barisan hadapan amat dihargai.
Semua pihak perlu memastikan momentum ini berterusan dan ekonomi negara terus mara di atas pertumbuhan dan pemulihan yang mampan, katanya.
Mohamed Azmin juga berkata golongan muda melambangkan masa depan negara, memandangkan mereka menggerakkan dinamisme, inovasi dan kreatitiviti yang merupakan elemen penting untuk memacu pembangunan negara menuju barisan hadapan dalam peta dunia.
"Ayuh, kita menggilap kekuatan atas landasan perpaduan, membangunkan kekuatan dan asas kebersamaan kita, memperkukuh gerak kerja ke arah kejayaan dan kemajuan Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada perdana menteri atas pelantikan tersebut dan mengulangi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan selain terus komited memastikan pemulihan yang mampan pengukuhan pertumbuhan ekonomi. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Mohamed Azmin berkata, ketika negara berusaha ke arah pemulihan, kerajaan harus memastikan rakyat memiliki sumber yang diperlukan untuk mencapai darjat ekonomi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).