GEORGE TOWN: Seorang usahawan mengambil inisiatif dengan mengagihkan kira-kira 900kg daging lembu dan kambing korban kepada 100 fakir miskin dan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi Program Korban Tanda Cinta.
Hajamydin Shahul Hamid, 51, berkata selain mengagihkan daging korban, beliau dan pasukannya yang dikenali sebagai Shajara turut memberi sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, roti serta makanan kering kepada golongan memerlukan dalam menghadapi tempoh sukar pandemik COVID-19.
"Daging korban yang melibatkan dua ekor lembu dan empat ekor kambing serta makanan keperluan ini diberikan kepada fakir miskin dan asnaf di sekitar daerah Timur Laut dan beberapa kawasan di daerah lain.
"Aktiviti ini dilakukan setiap tahun dan kami berharap lebih ramai pihak mengambil kesempatan di hari yang penuh keberkatan ini untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melaksanakan ibadah korban itu, di sini, semalam.
Seorang penerima agihan daging korban berkenaan, Mohd Nazrul Islam, 40, yang merupakan warganegara Bangladesh berasa terharu kerana ada pihak sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira kerakyatan.
"Syukur alhamdulillah sebab tidak lupa beri agihan korban kepada saya walaupun saya bukan rakyat negara ini. Pemberian ini amat bermakna," katanya yang berada di negeri ini sejak sembilan tahun lepas.
Sementara itu, seorang penerima sumbangan barangan keperluan harian, M.Thangaletchumi, 63, berkata inisiatif tersebut amat membantu dirinya yang dicutikan tanpa gaji sejak setahun lepas.
"Kehidupan semakin sukar selepas tidak bekerja. Bantuan seumpama ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung," katanya yang merupakan tukang cuci di sebuah syarikat swasta, di sini.
Seorang pekerja restoran, Ooi Lei Ling, 29, pula menyifatkan bantuan barangan keperluan harian itu melegakannya memandangkan pendapatannya dipotong majikan dan terpaksa hidup berjimat cermat bagi meneruskan kehidupan.
"Pendapatan bulanan yang dipotong menyebabkan hidup bertambah sukar sekali gus terpaksa mengikat perut. Bantuan yang diterima ini akan digunakan sebaiknya sementara menunggu gaji seterusnya. Terima kasih kepada pihak yang prihatin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Anggota Shajara menyampaikan bantuan keperluan asas dan daging korban kepada golongan memerlukan sempena sambutan Aidiladha menerusi Program Kurban Tanda Cinta, 20 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Larangan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.
Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian
Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.
1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.
Aidiladha: Penternak rumus makanan lembu sendiri, jaga kualiti daging, jimat kos
Seorang penternak di Sungai Merab menghasilkan rumusan makanan sendiri untuk lembu bagi ibadah korban.
PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota.
Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah korban.
Aman Palestin teruskan misi ibadah korban di bumi para nabi
Aman Palestin meneruskan usaha dalam misi ibadah korban di bumi para nabi dengan mengangkat tema Kongsi Kegembiraan, Ringkankan Beban pada tahun ini.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander