awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan enggan divaksin berhadapan kesukaran jalankan aktiviti ekonomi

Bernama
Bernama
19/10/2021
20:38 MYT
Usahawan enggan divaksin berhadapan kesukaran jalankan aktiviti ekonomi
NOH: Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka. - Gambar fail BERNAMA
KUALA SELANGOR: Golongan usahawan dan peniaga yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan berhadapan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata ini berikutan status vaksinasi merupakan satu daripada kriteria penting untuk membolehkan individu untuk pergi ke mana-mana tempat.
"Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka," katanya kepada media selepas melawat proses vaksinasi untuk remaja di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor pada Selasa.
Namun setakat ini pihaknya tidak mewajibkan golongan usahawan di bawah kementerian itu untuk mengambil vaksin.
"Saya akan bincang (mengenai mewajibkan vaksinasi) namun setakat ini kita tidak mengenakan syarat tetapi kita akan lihat nanti betapa seriusnya perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#usahawan
#vaksin
#enggan divaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan