awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2023
15:00 MYT
Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan. - Foto FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.
Perkara tersebut dikongsikan Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam Facebook rasmi beliau selepas menziarahi pendakwah itu pada Khamis.
Menurutnya, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengadu kurang sihat.
“Alhamdulillah, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital.
“Sewaktu ziarah Al-Fadhil Ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini.
“Mohon sama-sama doakan agar Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus diberi kesembuhan dan kesihatan Afiyah, insya-ALLAH,” katanya yang turut memaklumkan UAI dipindahkan ke wad kelas pertama.
Sebelum ini, kuliah Maghrib Ambang Ramadan bersama Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung pada Rabu terpaksa ditangguhkan kerana masalah kesihatan.
"Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus," kata hantaran di Facebook Ustaz Azhar Idrus.
Beberapa tokoh agama dan pemimpin politik turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ustaz Azhar Idrus termasuk Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ustaz Azhar Idrus
#dimasukkan ke Hospital
#masalah kesihatan
#Hospital Sultanah Nur Zahirah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan