awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/10/2023
04:57 MYT
Ustaz didenda perdaya 2 wanita dengan tawaran pinjaman wang untuk habuan seks
Ahmad Saifullah Abdul Khalid, 33, membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan terhadapnya. - Gambar/ Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang guru maahad tahfiz didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memperdaya dua wanita dengan tawaran pinjaman wang sehingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks dengannya di sebuah hotel di Bandaraya Melaka.
Tertuduh, Ahmad Saifullah Abdul Khalid, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati memperdaya seorang gadis berusia 19 tahun dengan tawaran wang sebanyak RM300 sehingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks dengannya.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga bapa kepada dua anak turut melakukan kesalahan sama dengan tawaran pinjaman wang sebanyak RM2,000 terhadap seorang wanita berusia 33 tahun.
Kedua-dua kesalahan itu masing-masing dilakukan di sebuah hotel di Bandaraya Melaka serta sebuah rumah di Bukit Baru, Melaka Tengah pada 21 Mac dan 1 Oktober 2023 lalu.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana memiliki tujuh keping gambar lucah di dalam telefon bimbitnya.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang mengenali kedua-dua mangsa menerusi aplikasi WhatsApp dan Omi mengajak mereka melakukan hubungan seks sebelum berjanji akan memberikan pinjaman wang.
Bagaimanapun, wang yang dijanjikan tidak diberikan kepada mangsa sebelum mereka bertindak membuat laporan polis.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan memandangkan dia menanggung kedua ibu bapa, isteri yang sedang belajar serta dua anak yang masih kecil.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nor Asnini Kamarudin bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat.
Majistret Sharda kemudian menetapkan hukuman denda RM3,500 atau bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua serta RM5,000 bagi pertuduhan ketiga.
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#tawaran pinjaman wang
#hubungan seks
#kes tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan