awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak

Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
15/07/2021
09:14 MYT
Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Astro AWANI
TAWAU: Seorang guru agama sekolah swasta dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, kerana melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki dua tahun lalu.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan seks oral terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun di dapur sekolah berkenaan pada jam 4.30 petang, 13 September 2019.
Dia juga didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sekolah yang sama pada jam 4.30 petang, April 2019.
Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan, menjadikan jumlah keseluruhan penjara 20 tahun dan lapan sebatan.
Terdahulu tertuduh turut berhadapan satu lagi pertuduhan membabitkan kesalahan yang sama terhadap kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun, namun mahkamah memutuskan dia tidak bersalah kerana testimoni pendakwaan tidak kuat.
Perbicaraan yang bermula pada 4 Oktober 2019 itu menampilkan 19 saksi pendakwaan, manakala pihak pembelaan mengemukakan hanya seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya P Kershanathan, manakala tertuduh diwakili peguam Dayang Aidaku Amira Aminuddin.
Topic Berkaitan
#guru agama
#ustaz
#amang seksual
#Kanak-kanak
#mahkamah
#hukuman penjara
#sebatan
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan